10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

69.5.1.3. Kos operasi IWK didapati telah meningkat sejumlah RM50.73 juta (8.5%) pada

tahun 2009 dan RM22.04 juta (3.4%) pada tahun 2010 berbanding dengan tahun

sebelumnya. Kos operasi utama IWK ini adalah terdiri daripada kos elektrik,

penyenggaraan dan pentadbiran. Di samping itu, faedah pinjaman yang dikenakan ke

atas Pinjaman Sokongan Kerajaan juga meningkat setiap tahun. Butiran lanjut adalah

seperti berikut:

a. Kos Elektrik

Analisis Audit mendapati kos elektrik bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 secara

kasarnya adalah merangkumi 22% kos operasi IWK. Jumlah ini meningkat setiap

tahun akibat pertambahan loji yang diambil alih oleh IWK. Bagaimanapun, semakan

Audit mendapati kos elektrik yang diakaunkan adalah merangkumi jumlah denda

dan penalti yang ditanggung oleh IWK akibat kelewatan membuat bayaran dan Low

Power Factor Penalty. Keseluruhan penalti yang dibayar bagi tempoh tahun 2008

hingga 2011 adalah berjumlah RM4.55 juta. Butirannya adalah seperti di jadual

berikut:

JADUAL 69.2

KOS ELEKTRIK BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2011

BUTIRAN

2008

(RM Juta)

2009

(RM Juta)

2010

(RM Juta)

2011

(RM Juta)

JUMLAH

(RM Juta)

Caj Penggunaan 124.72 146.58 151.05 165.67 588.02

Penalti Lewat Bayar 0.25 0.34 0.51 0.43 1.53*

Low Power Factor Penalty 0.68 0.20 0.94 1.20 3.02*

JUMLAH KOS ELEKTRIK 125.65 147.12 152.50 167.30 592.57

Nota: Data Tahun 2011 Adalah Berdasarkan Penyata Kewangan Belum Diaudit

(*) Penalti Berjumlah RM4.55 juta

Maklum Balas Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

IWK telah mula memperkenalkan bayaran bil melalui e-Bulk Payment supaya

bayaran bil elektrik dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Penalti lewat bayar

bagi bulan Januari hingga April 2012 telah dapat dikurangkan kepada RM66,353

(0.1%) berbanding RM167,978 (0.3%) bagi tempoh yang sama tahun 2011. Selain

itu, pemasangan kapasitor bank juga telah dilaksanakan untuk menangani Low

Power Factor Penalty.

Pada pendapat Audit, pihak IWK perlu mengelakkan bayaran penalti dan denda

elektrik dengan mengadakan prosedur kerja yang lengkap untuk menjamin

pengurusan perbelanjaan yang berhemat dan penggunaan sumber kewangan

secara optimum.

b. Kos Penyenggaraan Tangki Septik Komunal

Seksyen 62, AIPA 2006 menetapkan satu tangki septik yang digunakan untuk lebih

daripada satu premis adalah menjadi tanggungjawab bersama pemilik atau

penghuni premis-premis itu tanpa mengira lokasi septik itu. Sehubungan itu, sejak

penguatkuasaan Akta ini pada tahun 2008, semua tangki septik komunal yang

sebelum ini dikategorikan sebagai sistem pembetungan bersambung bukan lagi di

bawah tanggungjawab IWK. Kesannya, IWK kehilangan salah satu sumber

pendapatan tetapi masih menanggung kos pengurusan tangki septik komunal

kerana perlu menyenggara tangki ini apabila berlaku limpahan, paip tersumbat dan

lain-lain lagi. IWK tidak boleh menghantar bil kepada pengguna tangki septik

komunal kerana ia tidak lagi dikategorikan sebagai sistem perkhidmatan

1057

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!