10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

kewangan 2010, syarikat mempunyai tunai dan persamaan tunai berjumlah

RM38.65 juta yang terdiri daripada deposit berjumlah RM36.46 juta serta tunai di

tangan dan bank berjumlah RM2.19 juta. Manakala, pada akhir tahun kewangan

2008 dan 2009, tunai dan persamaan tunai syarikat masing-masing berjumlah

RM15.96 juta dan RM31.28 juta. Secara keseluruhannya, aliran tunai ITBM masih

menunjukkan kedudukan yang positif bagi 3 tahun berturut-turut.

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya prestasi kewangan ITBM bagi tahun

2008 hingga 2010 adalah baik. Usaha penjanaan tambahan pendapatan daripada lainlain

aktiviti utama syarikat perlu diberi perhatian selaras dengan fungsi ITBM

antaranya sebagai pusat penterjemahan dan pusat khidmat jurubahasa.

63.5.2. Prestasi Dan Pengurusan Aktiviti

63.5.2.1. Prestasi Aktiviti

Operasi teras ITBM adalah berdasarkan 4 aktiviti utama seperti dihuraikan di jadual

berikut:

JADUAL 63.5

AKTIVITI UTAMA ITBM

AKTIVITI UTAMA KETERANGAN AKTIVITI

Khidmat Terjemahan Dan

Penerbitan Buku

Khidmat Terjemahan Dokumen

Khidmat Kejurubahasaan

Khidmat Latihan/Bengkel

Nota : Aktiviti Utama Setakat 31 Disember 2011

a. Pencapaian Key Performance Indicator (KPI)

Menawarkan perkhidmatan terjemahan dan penerbitan buku. Dua kategori

projek penerbitan buku adalah projek penerbitan untuk KPM dan pasaran

terbuka.

Menawarkan khidmat terjemahan sijil dan dokumen. Khidmat ini akan

dilaksanakan secara dalaman atau penterjemah sambilan yang berdaftar

dengan ITBM. Hasil kerja akan disunting oleh editor dan disemak oleh pembaca

pruf bagi memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Menawarkan khidmat jurubahasa kepada sektor Kerajaan dan swasta bagi

persidangan, seminar, mesyuarat, perbicaraan mahkamah, persidangan

Parlimen, lawatan rasmi, acara sukan peringkat antarabangsa serta bagi tujuan

pelancongan. Khidmat jurubahasa yang ditawarkan merangkumi 35 bahasa

dunia. Perkhidmatan ini diberi sama ada oleh jurubahasa dalaman atau

jurubahasa luar yang berdaftar dengan ITBM. Tiga khidmat jurubahasa yang

ditawarkan adalah jurubahasa serentak, jurubahasa berturut dan jurubahasa

mahkamah. Selain itu, sewaan peralatan Simultaneous Interpretation System

juga ditawarkan.

Menawarkan khidmat latihan/bengkel berkaitan terjemahan dan bahasa.

Antaranya kursus penterjemahan am secara insentif/sambilan, bengkel

penyuntingan penterjemahan, bengkel penyuntingan karya asli, kursus

peningkatan penulisan Bahasa Melayu, kursus Bahasa Inggeris, kursus bahasa

asing dan bengkel asas penerbitan.

Pengurusan ITBM telah mewujudkan 6 elemen KPI sebagai tahap pengukuran

produktiviti syarikat selaras dengan objektif strategik syarikat antaranya syarikat

mencapai keuntungan, jumlah buku dikeluarkan mengikut sasaran dan dokumen

yang diterjemahkan mengikut sasaran ditetapkan. Semakan Audit mendapati

pencapaian KPI syarikat pada keseluruhannya adalah baik di mana ia telah melebihi

pencapaian minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan iaitu sekurangkurangnya

75% daripada sasaran KPI. Butiran pencapaian KPI untuk tempoh tahun

2008 hingga 2011 adalah seperti di jadual berikut:

937 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!