10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Selain itu, mengikut maklum balas daripada Pengetua SMK Matupang, bangunan

bilik darjah dan kantin masih belum digunakan kerana belum disambung dengan

bekalan elektrik, kedudukannya juga jauh dari bangunan kelas dan tempat yang

lain serta bangunan tersebut selalu dipinjam oleh kontraktor sebagai tempat

tinggal semasa kerja penyenggaraan. Pengetua sekolah ini juga memaklumkan,

bangunan bilik darjah dan kantin masing-masingnya telah dirancang untuk

dijadikan sebagai pejabat atau stor dan tempat perjumpaan kokurikulum atau

tempat rehat semasa aktiviti tertentu.

Manakala mengikut maklum balas yang diterima daripada Pengetua SMK Timbua,

bangunan kantin belum digunakan kerana kedudukannya tidak strategik iaitu jauh

dari kawasan sekolah dan bangunan kantin sedia ada lebih luas dan selesa.

Bangunan rumah guru yang belum digunakan pula tidak sesuai didiami

disebabkan ketiadaan bilik dan dapur seperti yang sepatutnya. Pihak sekolah

bercadang mengubah suai kantin tersebut untuk dijadikan kelas atau bengkel

Kemahiran Hidup. Manakala rumah guru juga dicadangkan diubah suai untuk

dijadikan stor buku sekolah, barangan dan peralatan sukan.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan bangunan baru yang dibina

mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan digunakan mengikut tujuan pembinaan.

Kementerian juga hendaklah memastikan bangunan yang dibina tidak terbiar

menyebabkan bangunan cepat rosak dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi.

Selain itu, semua pihak yang terlibat hendaklah berbincang bagi memuktamadkan

keperluan sebenar komponen bangunan sebelum sesuatu projek dimulakan. Pihak

sekolah juga hendaklah menggunakan kemudahan bangunan yang dibina dengan

sepenuhnya supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih

kondusif serta mengelakkan pembaziran.

33.5.3. Pelaksanaan Projek SSH

Projek SSH hendaklah direka bentuk, dilaksanakan dan disiapkan dengan mengikut skop

dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan dalam kontrak. Kontraktor juga hendaklah

memastikan kualiti bahan binaan, peralatan yang dibekalkan dan kerja yang dijalankan

adalah mengikut piawaian yang ditetapkan seperti mana kehendak Kerajaan. Pemeriksaan

Audit terhadap pelaksanaan projek mendapati perkara seperti berikut:

33.5.3.1. Kualiti Kerja Kurang Memuaskan

Berdasarkan kepada syarat kontrak, pada bila-bila masa dalam Tempoh Tanggungan

Kecacatan iaitu 24 bulan selepas tarikh penyiapan kerja, apa-apa kecacatan atau

kerosakan atau mutu kerja yang tidak menepati kontrak hendaklah diberitahu oleh

Pegawai Penguasa dalam satu arahan bertulis kepada kontraktor supaya membaiki

kecacatan atau kerosakan tersebut. Lawatan Audit mendapati beberapa kerja yang

dilaksanakan oleh kontraktor kurang memuaskan seperti berikut:

a. Sambungan Saluran Paip Tidak Kemas

Setiap sambungan saluran paip dari tangki minyak ke set janakuasa hendaklah

dibuat dengan kemas bagi mengelakkan berlakunya kebocoran dan risiko

kebakaran. Bagaimanapun, pemeriksaan Audit mendapati sambungan saluran paip

pada tangki minyak di 3 daripada 14 sekolah yang dilawati di Sabah, iaitu SK Tiang,

SK Longut dan SK Tinanom, Ranau adalah tidak kemas menyebabkan berlakunya

kebocoran pada sambungannya. Kejadian kebocoran minyak ini disebabkan oleh

508 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!