10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Tindakan telah diambil selepas teguran Audit dan semua peralatan telah disusun

dengan teratur di dalam stor serta di tempat yang sesuai. Satu Garis Panduan

Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di Kementerian Pelajaran Malaysia

telah dikeluarkan dan diedarkan pada 27 Februari 2012.

35.5.5. Pemantauan Terhadap Perolehan Peralatan

Pemantauan yang teratur terhadap perolehan peralatan MPAV akan dapat membantu

meningkatkan kecekapan pengurusan perolehan peralatan tersebut. Pemantauan terhadap

perolehan MPAV dilaksanakan di peringkat Kementerian dan negeri seperti berikut:

35.5.5.1. Di peringkat Kementerian, Sektor Aset Dan Fasiliti, BPTV dan Unit Perolehan

Peralatan Am, BPPA adalah bertanggungjawab untuk memantau perolehan peralatan

MPAV. Pemantauan dibuat antaranya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan

Pembangunan RMKe-9, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pembangunan

Kemudahan Fizikal Dan Aset BPTV dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih

Kerajaan. Selain itu, pemantauan juga dilakukan melalui mesyuarat dengan pembekal

selain mengadakan pemeriksaan fizikal dari semasa ke semasa. Pada umumnya,

pemantauan yang dilaksanakan di peringkat Kementerian adalah teratur.

Bagaimanapun, pemantauan yang dilaksanakan secara fizikal tidak disokong dengan

laporan mengenainya.

35.5.5.2. Di peringkat negeri, pemantauan dilaksanakan oleh Pejabat Pengurusan Aset

(PPA) dan pihak pengurusan sekolah. Pemantauan PPA dibuat melalui lawatan ke

sekolah dari semasa ke semasa oleh pegawainya dan kadang-kala disertai oleh

pegawai BPTV. Pihak pengurusan sekolah pula menjalankan pemantauan melalui

pengesahan terhadap penerimaan; penempatan dan penggunaan peralatan.

Pada umumnya, pemantauan yang dilaksanakan di peringkat negeri adalah teratur.

Bagaimanapun, pemantauan yang dilaksanakan secara fizikal tidak disokong dengan

laporan mengenainya.

Pada pendapat Audit, mekanisme pemantauan sedia ada perlu dipertingkatkan

terhadap penerimaan, penggunaan dan penyimpanan peralatan MPAV. Pemantauan

secara berjadual perlu dilakukan di peringkat BPTV/BPPA/PPA dan hasil pemantauan

hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan Kementerian supaya kelemahan

berbangkit dapat diambil tindakan segera.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Laporan lawatan pemantauan pembekalan peralatan MPAV ke SM Teknik

Langkawi, SMV Matang dan SMV Dato’ Lela Maharaja, Rembau telah disediakan.

568 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!