10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pelancongan Yang Diterima Pada 28 Mei 2012

PHC memaklumkan Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan PHC telah

menghadiri sesi taklimat penyediaan fail meja oleh SUK Penang pada 15 Mac

2012.

31.5.3.4. Jadual Penyenggaraan telah disediakan oleh pembekal (Syarikat Garaventa)

seperti di dalam Manual Operasi yang bertujuan untuk mencegah kerosakan sistem

operasi kereta api. Berdasarkan manual tersebut, PHC sebagai operator perkhidmatan

kereta api bertanggungjawab untuk menjalankan penyenggaraan berkala secara harian,

mingguan dan bulanan. Laporan terhadap penyenggaraan tersebut perlu dikemukakan

kepada JKR dan kontraktor. Semakan Audit mendapati perkara berikut:

a. Hanya sebahagian laporan penyenggaraan harian sahaja dikemukakan untuk

semakan bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2011. Manakala PHC juga gagal

mengemukakan kesemua Laporan Penyenggaraan Harian, Mingguan dan Bulanan

bagi bulan tersebut kepada JKR dan kontraktor sungguhpun kedua-dua pihak

tersebut telah mengeluarkan surat peringatan beberapa kali.

Maklum Balas Kementerian Pelancongan Yang Diterima Pada 28 Mei 2012

PHC memaklumkan sebagai langkah penambahbaikan Laporan Penyenggaraan

Harian, Mingguan dan Bulanan bagi bulan Ogos hingga November 2011 telah

dikemukakan kepada JKR dan kontraktor.

b. Kaedah penyenggaraan yang dijalankan tidak mengikut standard yang ditetapkan

dalam Manual Operasi. Berdasarkan maklum balas kakitangan terlibat,

penyenggaraan harian yang dijalankan hanya untuk memastikan sistem operasi

secara visual dapat berfungsi sedangkan mengikut Manual Operasi, pemeriksaan

hendaklah dijalankan secara terperinci bagi setiap peralatan.

Maklum Balas Kementerian Pelancongan Yang Diterima Pada 28 Mei 2012

PHC memaklumkan jadual pelan latihan telah diwujudkan bagi mempertingkatkan

kaedah penyenggaraan agar menepati standard di dalam manual operasi. Latihan

dijalankan dengan kerjasama Syarikat Garaventa dan pihak lain yang mempunyai

kepakaran seperti Rapid Penang.

c. Pihak Audit tidak dapat memastikan sama ada pemantauan yang rapi telah dibuat

oleh Pengurus Operasi dan pegawai penyelia terhadap kerja penyenggaraan yang

dijalankan. Ini kerana berdasarkan laporan penyenggaraan yang disemak, terdapat

beberapa kes penyenggaraan yang tidak dibuat tetapi disahkan oleh Pengurus

Operasi dan pegawai penyelia serta terdapat juga penyenggaraan yang dibuat tetapi

tidak mendapat pengesahan oleh Pengurus Operasi dan pegawai penyelia.

31.5.3.5. Berdasarkan laporan JKR, kegagalan penyenggaraan berkala terhadap

peralatan sistem kereta api oleh PHC telah menyebabkan peralatan rosak; kotor dan

menjejaskan sistem pengaliran seperti di gambar berikut:

475 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!