10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

GAMBAR 37.17

Stor Unit CAPD, Hospital Pulau Pinang

- Kesan Air Hujan Atas Palet

(27.07.2011)

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Kementerian telah mengambil tindakan menambah baik susun atur stok dan

mempertingkatkan tahap keselamatan. Selain itu bagi Hospital Queen Elizabeth

dan Hospital Kuala Lumpur, permohonan bagi penyediaan bangunan stor baru

telah dibuat.

Pada pendapat Audit, Pegawai Farmasi/Ketua Jabatan Farmasi hendaklah membuat

pemeriksaan fizikal ke atas setiap stor secara berkala bagi memastikan tatacara

penyimpanan stok dipatuhi dan keselamatan stor adalah terjamin serta mengambil

tindakan untuk mengatasi dan memperbaiki kerosakan.

37.6. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama tidak

berulang pada masa hadapan, Kementerian disyorkan mempertimbangkan langkah seperti

berikut:

37.6.1. Memastikan kadar bon pelaksanaan dikenakan adalah tepat dan dikeluarkan

meliputi tempoh kontrak.

37.6.2. Memastikan pembangunan PhIS dan CPS disiapkan mengikut jadual dan denda

dikuatkuasakan bagi sebarang kelewatan.

37.6.3. Menjalankan siasatan yang mendalam bagi kes bayaran sebelum bekalan diterima

dan Pesanan Tempatan dikeluarkan selepas bekalan diterima atau improper payment yang

berlaku dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang terlibat.

37.6.4. Mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan di stor utama dan stor unit dengan

menambahkan bilangan pengawal keselamatan, membuat pemeriksaan fizikal secara

berkala dan memperbanyakkan CCTV.

37.6.5. Memberi latihan yang berkesan di kalangan pegawai berhubung tatacara

pengurusan stor.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 298-305

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

614 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!