10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

6. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

- PENGURUSAN DATA PENERIMA BAYARAN FI DAN KOMISEN

6.1. LATAR BELAKANG

6.1.1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) merupakan agensi utama yang

memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Antara lain, bagi

mempertingkatkan lagi keupayaannya memungut hasil, LHDNM telah diperuntukkan kuasa

mengikut Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 untuk meminta maklumat

mengenai penerima bayaran daripada agensi-agensi tertentu. Maklumat tersebut adalah

berkaitan dengan pembayaran kepada individu atau syarikat seperti pembayaran komisen

kepada agen/wakil insurans, pengedar/pemborong/wakil penjual/stokis dan remisiers/broker

serta pembayaran fi yang lain seperti pembayaran royalti kepada pengarang/penulis,

pembayaran kepada pengajar sambilan, pembekal/perunding dan lain-lain. Agensi pemberi

maklumat dikehendaki melalui surat/notis di bawah Seksyen 81 ACP 1967 membekalkan

maklumat kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan dalam tempoh 30 hari mengikut

format yang dikehendaki pada setiap tahun.

6.1.2. Sistem Maklumat Unit Pengesanan (SMUP) dibangunkan supaya proses

pengumpulan maklumat luaran pembayar cukai dapat diuruskan dengan lebih teratur di

mana setiap pemberi maklumat akan didaftarkan bagi memudahkan pemantauan. Maklumat

yang diterima akan diproses, disimpan dalam Sistem Gudang Data dan disalurkan untuk

menyokong/menyediakan maklumat untuk tindakan pemantauan dan penguatkuasaan serta

pembesaran asas cukai.

6.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada LHDNM telah menguruskan data

penerima bayaran fi dan komisen dengan cekap serta pembayar cukai telah melaporkan

pendapatan fi atau komisen yang diterima dengan betul mengikut undang-undang serta

peraturan yang ditetapkan.

6.3. SKOP PENGAUDITAN

Rekod yang disemak terdiri daripada rekod penerima bayaran fi dan komisen tahun 2010

berdasarkan threshold RM50,000 dan ke atas yang mempunyai nombor rujukan cukai

pendapatan bagi pembayar cukai kategori individu berpendapatan penggajian (SG) dan individu

berpendapatan perniagaan (OG). Semakan turut dilakukan terhadap pembayar cukai berkenaan

merangkumi tempoh 3 tahun iaitu mulai tahun taksiran 2008 hingga 2010 di 8 Cawangan

LHDNM. Daripada 1,734 penerima bayaran fi dan komisen dengan pendapatan berjumlah

RM522.70 juta yang dikemukakan oleh Jabatan Pematuhan Cukai LHDNM, sebanyak 1,232

sampel (71%) disemak berdasarkan kepada 100% atau maksimum 300 pembayar cukai di

setiap cawangan bagi 8 Cawangan LHDNM seperti di jadual berikut:

CAWANGAN

JADUAL 6.1

BILANGAN SAMPEL PENGAUDITAN

BIL. SAMPEL YANG DIAUDIT

(Bil. Pembayar Cukai)

Johor Bahru 300

Jalan Duta 300

Melaka 157

Ipoh 163

74 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!