10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

2.5.2. Perintah Penerimaan Dan Perintah Penghukuman/Perintah Penggulungan

Masih Belum Diterima

2.5.2.1. Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman (PP&PP) bagi kes

kebankrapan dan Perintah Penggulungan bagi kes penggulungan syarikat adalah

dokumen utama dalam pentadbiran kes oleh MdI. PP&PP akan dikeluarkan setelah

Mahkamah memutuskan penghukuman kebankrapan. Mengikut Peraturan 156 dan 152

Kaedah-kaedah Kebankrapan 1969, sebanyak 3 salinan yang dimeterai hendaklah

dihantar kepada Ketua Pengarah Insolvensi bagi tujuan menyampaikannya kepada

bankrap, simpanan pejabat dan tujuan afidavit.

2.5.2.2. Dalam pentadbiran penggulungan syarikat di bawah Seksyen 217 Akta

Syarikat 1965, Ketua Pengarah Insolvensi adalah berperanan sebagai Pegawai

Penerima. Perintah Penggulungan akan dikeluarkan setelah Mahkamah memutuskan

syarikat digulungkan. Perintah Penggulungan tersebut hendaklah diserahkan kepada

Pegawai Penerima oleh pempetisyen dalam tempoh 7 hari dari tarikh perintah tersebut

dikeluarkan. Permohonan untuk lantikan pelikuidasi dibuat bersama-sama petisyen

penggulungan.

2.5.2.3. Semakan Audit terhadap 596 fail kes kebankrapan dan 92 kes penggulungan

syarikat di semua pejabat MdI yang dilawati mendapati PP&PP bagi 304 (51%) kes

kebankrapan dan 19 (20.7%) kes penggulungan syarikat masih belum diterima. Oleh itu,

pihak MdI tidak dapat melaksanakan tindakan seterusnya seperti merampas harta

bankrap/syarikat dan lawat periksa premis tanpa PP&PP/Perintah Penggulungan

tersebut. Semakan Audit selanjutnya mendapati surat susulan permohonan PP&PP/

Perintah Penggulungan daripada peguam pemiutang bagi 74 kes kebankrapan dan

19 kes penggulungan syarikat juga tidak dikeluarkan. Butirannya adalah seperti di jadual

berikut:

PEJABAT NEGERI/

CAWANGAN

JADUAL 2.2

JUMLAH PP&PP/PERINTAH PENGGULUNGAN YANG BELUM DITERIMA

BIL. FAIL

DISEMAK

KEBANKRAPAN PENGGULUNGAN SYARIKAT

FAIL TIADA

PP&PP

BIL. SURAT

SUSULAN

TIDAK

BIL. FAIL

DISEMAK

FAIL TIADA

PERINTAH

PENGGULUNGAN

BIL. (%) DIKELUARKAN

BIL. (%)

BIL. SURAT

SUSULAN

TIDAK

DIKELUARKAN

W.P. Kuala Lumpur 151 27 17.9 27 17 2 11.8 2

Selangor 235 215 91.5 - 32 13 40.6 13

Johor 73 27 37.0 23 17 1 5.9 1

Pulau Pinang 37 12 32.4 10 10 3 30.0 3

Sabah 30 3 10.0 3 5 - - -

Melaka 49 12 24.5 8 6 - - -

Taiping 21 8 38.1 3 5 - - -

JUMLAH 596 304 51.0 74 92 19 20.7 19

Pada pendapat Audit, salinan PP&PP/Perintah Penggulungan hendaklah disimpan di

dalam setiap fail kes yang berkaitan memandangkan ia adalah dokumen utama dalam

pengendalian kes kebankrapan dan penggulungan syarikat. Memandangkan

pengauditan dijalankan secara pensampelan, Mdl perlu menjalankan semakan secara

menyeluruh untuk memastikan tindakan susulan diambil terhadap salinan

PP&PP/Perintah Penggulungan yang masih belum diterima daripada peguam

pemiutang.

Maklum Balas Jabatan Insolvensi Malaysia Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Antara punca PP&PP/Perintah Penggulungan masih belum diterima oleh MdI

adalah kerana pihak pempetisyen lewat memfailkan/mengemukakan draf perintah

tersebut. Perintah Penerimaan & Perintah Penghukuman/Perintah Penggulungan

6 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!