10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Memandangkan pengauditan hanya dijalankan secara pensampelan, pihak Audit

berpendapat JPAM perlu menjalankan pemeriksaan yang menyeluruh di semua

pejabat cawangannya bagi memastikan aset yang telah rosak/usang dilupuskan

selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

54.5.8. Kehilangan Dan Hapus Kira

54.5.8.1. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 2008 menyatakan Ketua Jabatan

hendaklah menyediakan Laporan Awal bagi kehilangan yang berlaku di Jabatan di

bawah kawalannya. Bagi kehilangan yang melibatkan seseorang Ketua Jabatan,

Laporan Awal hendaklah disediakan oleh pegawai atasannya di peringkat

Kementerian/Ibu Pejabat secepat mungkin iaitu tidak lewat daripada 5 hari bekerja.

Laporan Awal dan Laporan Polis hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pengawal di

Kementerian/Jabatan di mana berlakunya kehilangan dan kepada Ketua Setiausaha

Perbendaharaan. Salinan Laporan Awal hendaklah dihantar kepada Akauntan Negara

dan Ketua Audit Negara atau wakil tempatan Ketua Audit Negara.

54.5.8.2. Lawatan Audit ke PNPA Kelantan mendapati 4 kes kehilangan peralatan

bantuan kecemasan telah berlaku dari tahun 2003 hingga 2011 seperti di Jadual 54.7.

Semakan Audit mendapati Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28)

bagi peralatan tersebut masih belum disediakan kecuali Chain Saw 24” dan Battery

Charger (Maxwell). Pihak Audit dimaklumkan bahawa Laporan Awal tersebut telah

dihantar ke IPPA KL untuk tindakan. Namun sehingga ke tarikh lawatan Audit pada 8

Disember 2011, pihak PNPA Kelantan masih belum mendapat maklum balas daripada

pihak IPPA KL.

JADUAL 54.7

PERALATAN BANTUAN KECEMASAN YANG HILANG DI PNPA KELANTAN

LAPORAN AWAL /

TARIKH KEHILANGAN

LAMPIRAN J

ASET / JENAMA

BERLAKU /

LOKASI

DISEDIAKAN

DIKETAHUI

YA () / TIDAK (X)

Chain Saw 24” - Husqvarna 365 Awal tahun 2003 PDPA Kuala Krai

Battery Charger Maxwell Awal tahun 2003 PDPA Kuala Krai

Chainsaw 15” - Husqvarna 136 26.07.2009 PDPA Kota Bharu X

Enjin Bot - Yamaha 45HP 10.10.2011 Sungai Kuala Koh X

Maklum Balas Jabatan Pertahanan Awam Yang Diterima Pada 19 Jun 2012

Bagi kes kehilangan Chain Saw 24” - Husqvarna, Battery Charger Maxwell dan

Chain Saw 15” Husqvarna 136, Pegawai Penyiasat telah dilantik untuk proses

siasatan. Manakala bagi kes kehilangan Enjin Bot Yamaha 45HP pula, proses

siasatan telah selesai dan dalam proses tindakan untuk hapus kira aset tersebut.

Pada pendapat Audit, JPAM hendaklah memastikan bagi semua kes kehilangan aset,

Laporan Awal disediakan dalam tempoh yang ditetapkan dan siasatan dijalankan

dengan segera.

893 TERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!