10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

membawa sendiri borang ikrar dan dokumen yang telah didaftarkan untuk urusan

selanjutnya;

ii. memastikan semua mesin pengimbas boleh berfungsi dengan sempurna serta

mempertimbangkan perolehan mesin pengimbas baru untuk semua stesen Kastam yang

dikenal pasti sebagai stesen Kastam yang mempunyai pengimportan barangan kritikal;

iii. memastikan pengimbangan manifes dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan supaya

setiap barangan yang dibawa masuk dapat dikawal dengan sempurna; dan

iv. memperkasakan Cawangan Pasca Import dan mempertingkatkan prestasi kutipan balik

duti/cukai yang dikenal pasti.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

10. Pengurusan Kuarters

a. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyediakan kemudahan perumahan

(kuarters jabatan) bagi membolehkan kakitangannya sentiasa berada berdekatan dengan

pejabat setiap masa. Penyediaan jenis kuarters JKDM dilaksanakan mengikut pangkat dan

kelayakan seperti yang ditetapkan dalam Perintah Am - Bab E (Rumah dan Bangunan

Pejabat). JKDM telah membelanjakan sejumlah RM43.56 juta daripada peruntukan

mengurus bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 untuk menjalankan kerja

penyenggaraan/pembaikan kuarters jabatan. Pengauditan yang dijalankan mendapati

kemudahan kuarters jabatan yang disediakan untuk 58.3% kakitangan JKDM tidak mencapai

objektif yang ditetapkan di mana 2,000 (31.6%) daripada 6,320 kuarters jabatan tidak

diduduki setakat bulan Disember 2011. Antaranya 33 unit yang tidak pernah diduduki sejak

ia siap dibina pada tahun 2000. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan

kuarters jabatan seperti berikut:

i. tiada tindakan diambil terhadap penghuni yang keluar daripada kuarters jabatan

walaupun mereka meninggalkan kuarters jabatan dalam keadaan yang tidak terurus dan

bersepah;

ii. terdapat kuarters jabatan yang rosak tidak dibaiki atau tiada penyenggaraan

pencegahan disebabkan tiada peruntukan khusus; dan

iii. kelemahan penguatkuasaan untuk mengutip balik tunggakan sewa kuarters serta tiada

pemantauan terhadap Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri supaya bermesyuarat

mengikut kekerapan yang ditetapkan dan melaporkan perkara yang dibincangkan.

b. Pihak Audit mengesyorkan supaya JKDM mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan penghuni kuarters jabatan mematuhi Perintah Am Bab E dan kuarters

jabatan sentiasa dalam keadaan sempurna;

ii. melaksanakan proses operasi dan penyenggaraan aset seperti mana yang ditetapkan

dalam Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan. Selain itu, menyediakan

rancangan penyenggaraan secara berjadual yang meliputi penyenggaraan secara

preventive dan corrective terhadap semua kuarters jabatan di seluruh negara

berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1995. Peruntukan penyenggaraan

yang mencukupi hendaklah dipohon daripada Perbendaharaan;

iii. mengambil tindakan segera untuk mengutip balik tunggakan sewa kuarters jabatan agar

dapat memastikan hasil Kerajaan diperolehi dengan lebih berkesan; dan

iv. memastikan Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri bermesyuarat mengikut

kekerapan yang ditetapkan serta melaporkan perkara yang dibincangkan.

xx RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!