10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Masalah kelewatan reka bentuk sistem cerucuk ini yang telah mengambil masa

selama 2 tahun disebabkan oleh pertimbangan beberapa alternatif reka bentuk

yang dikemukakan oleh perunding. Selain itu, semakan dan keputusan JKR juga

mempengaruhi tempoh penyelesaian masalah.

Pada pendapat Audit, masalah reka bentuk sistem cerucuk ini sepatutnya

diselesaikan di peringkat awal lagi bagi memastikan kelancaran projek

memandangkan aktiviti dalam sungai adalah aktiviti yang paling kritikal dalam

pembinaan jambatan ini. Masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah

reka bentuk sistem cerucuk ini adalah terlalu lama iaitu 2 tahun dan

menyebabkan kelewatan projek serta kenaikan kos.

c. Kelewatan Memulakan Aktiviti Jambatan Sementara

Berdasarkan Bill of Quantities, kos kontrak bagi menyediakan jambatan sementara

adalah RM12.42 juta. Pembinaan jambatan sementara ini adalah bertujuan untuk

membawa mesin bagi kerja-kerja di bahagian sungai dan dibina di kiri dan kanan

jambatan sedia ada. Pembinaan jambatan sementara ini sepatutnya dimulakan pada

bulan Oktober 2007, namun sehingga bulan Februari 2008, pembinaannya masih

belum dimulakan. Jambatan sementara ini hanya disiapkan pada bulan Mei 2009.

Bagaimanapun, hujan lebat dalam bulan November 2009 telah menyebabkan banjir

di Kelantan di mana sebahagian jambatan sementara yang dibina telah dihanyutkan

akibat arus deras. Sehingga bulan Mac 2010, kerja-kerja bored pile dalam sungai

masih belum dilaksanakan lagi kerana kerja membaik pulih jambatan sementara

belum dijalankan. Semakan Audit selanjutnya mendapati akibat daripada perubahan

reka bentuk sistem cerucuk, spesifikasi pembinaan jambatan sementara juga telah

berubah di mana ia perlu dibina untuk menampung beban 130 tan berbanding

100 tan yang ditetapkan pada asalnya. Kos untuk perubahan pembinaan jambatan

sementara ini dijangkakan akan meningkat sejumlah RM7.39 juta (59.6%)

berbanding dengan kos asal. Gambar berikut adalah berkaitan.

GAMBAR 23.5 GAMBAR 23.6

Bahagian Sungai

- Jambatan Sementara Bahagian

Downstream Siap Dibina

(23.11.2011)

Bahagian Sungai

- Jambatan Sementara Bahagian Upstream

Belum Siap Dibina Sepenuhnya

(23.11.2011)

Pada pendapat Audit, JKR perlu memastikan pihak kontraktor membina

jambatan sementara mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana kerja-kerja

dalam sungai adalah bahagian paling kritikal bagi projek ini. Kelewatan

membina jambatan sementara telah menyebabkan kerja-kerja dalam sungai

tidak dapat dijalankan mengikut jadual.

334 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!