10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

67.5.2.5. Bahagian UDA Leisure

a. Bahagian ini hanya diketuai oleh seorang Pengurus Besar Kanan Gred 4. Aktiviti

Bahagian UDA Leisure keseluruhannya dilaksanakan melalui subsidiarinya iaitu

UDA Ancasa Sdn. Bhd., Bestari Hospitality & Management Sdn. Bhd., KT Golf

Resort Berhad dan First Cup Cafe Sdn. Bhd. Di bawah rangkaian Ancasa Hotels &

Resort, Bahagian UDA Leisure telah memperkembangkan rangkaiannya dengan

memperkenalkan hotel bajet yang dinamakan Ancasa Express dan mula beroperasi

pada tahun 2011. Produk pertama di bawah rangkaian ini adalah An-Nur Ancasa

Express di Georgetown, Pulau Pinang serta hotel di Perhentian Puduraya, Kuala

Lumpur yang dikenali sebagai Ancasa Express Pudu dan mula beroperasi

sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2011. Perolehan UDA Leisure bagi tahun 2010

adalah sejumlah RM27 juta berbanding RM26.40 juta pada tahun sebelumnya, iaitu

peningkatan sejumlah RM0.60 juta. Untung kasar bagi tahun 2010 turut

mencatatkan peningkatan daripada RM17.40 juta kepada RM20.70 juta iaitu

peningkatan 19%. Semakan Audit mendapati sumbangan terbesar yang diperolehi

oleh Bahagian UDA Leisure adalah melalui rangkaian produk hotelnya iaitu Ancasa

Hotel & Resort berbanding aktiviti lain di Bahagian UDA Leisure seperti golf resort,

perniagaan kafe dan pusat bowling. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 67.12

KEUNTUNGAN/KERUGIAN ANAK SYARIKAT DI BAWAH BAHAGIAN UDA LEISURE

KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BERSIH

SYARIKAT YANG MENGURUS PERNIAGAAN/LOKASI

(RM Juta)

2008 2009 2010

HOTEL, RESORT DAN SPA

UDA Ancasa Sdn. Bhd.

Ancasa Hotel & Spa/

Kuala Lumpur

Ancasa Allsuites Resort & Spa/Port

Dickson

8.50

4.42

9.01

3.68

10.25

2.47

Tropical Island Resort Sdn. Bhd. Jerejak Rainforest Resort/Pulau Pinang (1.87) (2.34) (2.09)

GOLF

KT Golf Resort Sdn. Bhd.

BOWLING CENTRE

JUMLAH 11.05 10.35 10.63

Kuala Terengganu Golf Resort/

Kuala Terengganu

(0.44) (0.45) (0.87)

JUMLAH (0.44) (0.45) (0.87)

Dermuda Sdn. Bhd. Greentown Bowl/Ipoh, Perak 0.11 0.01 0.08

KAFE

First Cup Café Sdn. Bhd.

JUMLAH 0.11 0.01 0.08

First Cup Café/BB Plaza,

Kuala Lumpur

(0.06) (0.06) (0.10)

JUMLAH (0.06) (0.06) (0.10)

b. Satu kajian Audit telah dijalankan pada bulan Mac 2011 terhadap pengurusan

Jerejak Rainforest Resort. Tujuan projek pembangunan resort di Pulau Jerejak

dilaksanakan adalah sebagai produk yang berteraskan kepada eko pelancongan

bagi menarik lebih ramai pelawat ke Pulau Pinang. Pengurusan resort ini diuruskan

oleh Tropical Island Resort Sdn. Bhd. Semakan Audit mendapati syarikat ini

mengalami kerugian semenjak mula beroperasi dan menghadapi masalah aliran

tunai untuk membiayai perbelanjaan operasi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh

sewa resort yang kurang mendapat sambutan.

Pada pendapat Audit, Tropical Island Resort Sdn. Bhd. perlu

mempertingkatkan promosi yang lebih agresif kepada pengunjung dari dalam

dan luar negara supaya dapat menambah pendapatannya.

1028

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!