10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

49. Pembinaan Dan Pengurusan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Johor

a. Kementerian Kewangan pada 22 Disember 2006 telah memberi kelulusan kepada

Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan Projek Pembinaan Kompleks

Kementerian Dalam Negeri Johor (Kompleks) secara rundingan terus reka dan bina oleh

Syarikat SP Setia Berhad. Pembinaan Kompleks ini bertujuan untuk memudahkan orang

awam berurusan dengan Jabatan/Agensi KDN di bawah satu bumbung di samping

menyediakan tempat bekerja/tinggal yang selesa dan selamat kepada pegawai dan

kakitangan KDN. Kompleks bernilai RM190.43 juta dengan keluasan tanah 16.7 ekar yang

terletak di Kempas, Johor Bahru telah siap dibina pada 18 Mac 2011. Kompleks ini

menempatkan 8 Jabatan/Agensi utama KDN. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada

keseluruhannya pengurusan pembinaan Kompleks adalah memuaskan dan mencapai

objektif pembinaannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan

dan pengurusan Kompleks seperti berikut:

i. kelemahan dalam pengurusan pembinaan seperti kelewatan penyerahan lanjutan bon

pelaksanaan dan pengurusan wang peruntukan sementara;

ii. kerja binaan/pembekalan peralatan dan kelengkapan tidak sempurna atau tidak

berkualiti;

iii. kemudahan yang disediakan tidak sesuai; dan

iv. program penyenggaraan tidak disediakan serta latihan ambil alih Kompleks dihadiri oleh

pegawai dan anggota Kompleks yang tidak berpengalaman.

b. Pihak Audit mengesyorkan KDN mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan tawaran yang paling menguntungkan Kerajaan di samping menjaga

kepentingan Kerajaan supaya bekalan dan perkhidmatan yang diterima di bawah Wang

Peruntukan Sementara adalah yang terbaik dari segi kualiti dan mutu;

ii. memastikan Pengarah Projek/Wakil mengemukakan arahan secara bertulis kepada

kontraktor untuk membaiki segala kecacatan, ketidaksempurnaan, kekurangan atau

kerosakan yang dikenal pasti dalam tempoh masa yang ditetapkan;

iii. mengambil kira kehendak yang telah ditetapkan dalam projek pembinaan akan datang

dan memastikan penyeliaan dan pemantauan secara berterusan dilakukan semasa

peringkat pembinaan projek untuk menjamin kualiti pembinaan selaras dengan

kehendak kontrak;

iv. memastikan kemudahan bilik penyimpanan/stor yang disediakan memenuhi aspek

keselamatan yang ditetapkan; dan

v. memastikan latihan bertujuan untuk mengambil alih Kompleks diadakan bagi

menjayakan proses pemindahan teknologi. Pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam

latihan perlulah berpengalaman, mahir dan berjawatan tetap supaya proses ambil alih

Kompleks berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Unit Pencegah Penyeludupan

50. Pengurusan Aktiviti Penguatkuasaan

a. Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) telah ditubuhkan pada 28 Jun 1976 sebagai satu unit

bertindak (strike force) bertujuan untuk membanteras kegiatan penyeludupan dan

kemasukan secara haram pendatang asing di sempadan Malaysia-Thailand. Aktiviti utama

penguatkuasaan UPP melibatkan aktiviti operasi (sekatan, rondaan dan risikan) dan aktiviti

penyerahan barangan rampasan/tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) kepada

agensi induk. Pengauditan yang dijalankan mendapati prestasi aktiviti penguatkuasaan

liii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!