10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

2.5.13. Perancangan Latihan Tidak Dilaksanakan

2.5.13.1. Bagi memastikan bahawa setiap kakitangan MdI mempunyai kemahiran dan

kompeten dalam menjalankan tugas, pelbagai latihan khususnya yang berkaitan dengan

tugas mentadbir kes hendaklah dirancang dan dilaksanakan. Dalam Laporan Suku

Tahun Pertama 2011 mengenai prestasi latihan kakitangan MdI, tumpuan diberikan

kepada peningkatan tahap kompetensi kakitangan MdI terutamanya dalam bidang

spesifik mengenai insolvensi, kepimpinan dan ekonomi. Selain itu, tumpuan juga

diberikan kepada objektif untuk melahirkan ramai pegawai kompeten dalam MdI.

2.5.13.2. Semakan Audit telah dijalankan ke atas rekod kursus/latihan yang telah

dilaksanakan dan dihadiri oleh kakitangan MdI khususnya bagi jawatan Pegawai

Insolvensi mendapati hanya 9 (36%) daripada 25 kursus yang dirancang bagi tahun

2009 hingga 2011 telah dilaksanakan. Bagaimanapun, 3 kursus berkaitan insolvensi

juga telah diadakan sungguhpun tiada dalam perancangan asal pada tahun 2011.

Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 2.20

BILANGAN KURSUS DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN

TAHUN RANCANG LAKSANA

2009 10 5

2010 8 3

2011 7 1*

JUMLAH 25 9

Nota : (*) - Tidak Termasuk 3 Kursus Yang Tiada Dalam Perancangan

2.5.13.3. Antara kursus/latihan yang diadakan pada tahun 2009 adalah Kursus

Kewangan dan Perakaunan serta Kursus Pengenalan Kepada Hal Ehwal Dalam

Perkhidmatan. Manakala, bagi kursus yang telah dirancang tetapi tidak dilaksanakan

pula adalah Kursus Pengendalian Kes Kebankrapan dan Kursus Pendakwaan. Bagi

tahun 2010, kursus yang telah dilaksanakan iaitu Kursus Asas MdI, Kursus Penulisan

Surat Rasmi dan Memo Berkualiti serta Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih.

2.5.13.4. Bagi tahun 2011 pula, satu kursus yang dilaksanakan adalah Bengkel

Pendakwaan yang dihadiri oleh seramai 34 orang peserta. Bagi kursus yang telah

dirancang tetapi masih belum dilaksanakan adalah kursus yang berkaitan dengan

kebankrapan, likuidasi, perundangan, penyiasatan, perakaunan dan khidmat

pengurusan. Semakan Audit mendapati kursus/latihan spesifik yang melibatkan aktiviti

pengurusan kes kebankrapan/penggulungan syarikat masih kurang diadakan. Ini

menyebabkan kemahiran dan kompetensi kakitangan masih tidak menepati tahap yang

ditetapkan. Bagaimanapun, terdapat Pejabat Negeri/Cawangan mengambil inisiatif untuk

mengadakan latihan dalaman bagi membincangkan secara khusus topik yang berkaitan

dengan pengurusan kes kebankrapan/penggulungan syarikat untuk memahirkan

Pegawai Insolvensi mengenai proses kerja/carta aliran yang perlu dipatuhi.

Maklum Balas Jabatan Insolvensi Malaysia Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Kekangan peruntukan merupakan punca utama 16 daripada 25 kursus yang

dirancang pada tahun 2009, 2010 dan 2011 tidak dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun, MdI telah mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan/kursus

dengan kerjasama Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Selain

itu, melalui perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan, MdI telah berjaya

mendapatkan peruntukan kewangan bagi latihan sebanyak RM200,000 bagi tahun

2012 dan MdI telah mengatur perancangan kursus yang efektif untuk

dilaksanakan. Antara kursus yang dirancang ialah kursus berkenaan pengurusan

perniagaan serta Money and Asset Trailing.

22 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!