10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

26.2. OBJEKTIF AUDIT

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada Projek Ipoh ke Padang Besar telah dirancang

dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat.

26.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini merangkumi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap Projek

Ipoh ke Padang Besar dari tahun 2001 hingga 2011. Pengauditan telah dijalankan di

Kementerian Pengangkutan (Kementerian), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Perunding

Projek (KSET), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak

Berkuasa Negeri, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Kedah dan Perlis serta

Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dan UPE Negeri Kedah dan Perak.

26.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan terhadap fail, dokumen dan rekod yang berkaitan

serta mengadakan lawatan ke tapak projek, temu bual dengan pegawai yang bertanggungjawab

di kementerian/jabatan/agensi yang terlibat. Perbincangan dengan pihak ketiga yang terlibat juga

diadakan pada bulan Februari 2012 untuk mendapatkan maklum balas berkenaan pelaksanaan

projek. Jabatan dan agensi yang berkenaan ialah Pejabat Tanah Galian, Unit Perancang

Ekonomi Negeri, JPS dan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia bagi negeri Kedah, Perak,

Perlis dan Pulau Pinang berserta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan juga Majlis

Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang.

26.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2011 mendapati secara

keseluruhannya pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa

kelemahan dalam pelaksanaannya. Bagaimanapun, prestasi fizikal keseluruhan projek setakat

31 Disember 2011 adalah mengikut jadual setelah mengambil kira 2 lanjutan masa selama

669 hari. Selain itu, undang-undang alam sekitar juga dipatuhi dalam pelaksanaan projek. Antara

kelemahan yang diperhatikan adalah seperti berikut:

i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan

kenaikan yuran perunding;

ii. pihak audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran yuran khidmat nasihat kewangan

berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Berhad dan Maybank Investment

Berhad adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian tidak mengeluarkan

tawaran kepada bank-bank lain;

iii. kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari;

iv. pelantikan kontraktor tidak secara pembidaan kompetitif;

v. syarat kontrak yang tidak menjamin kepentingan Kerajaan; dan

vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas Kementerian adalah seperti

di perenggan berikut:

26.5.1. Prestasi Projek

26.5.1.1. Prestasi Fizikal

Mengikut syarat kontrak, tarikh siap asal projek adalah pada 7 Januari 2013.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati perkara berikut:

359 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!