10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

i. piagam pelanggan berhubung perkhidmatan yang disediakan tidak dipatuhi;

ii. yuran yang dikenakan dan tempoh sah pendaftaran tidak seperti yang ditetapkan dalam

Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984;

iii. kelas kontraktor dalam Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor)1984 tidak selaras dengan

kelas kontraktor dalam Arahan Perbendaharaan;

iv. Sistem Info Kontraktor dan Sistem Maklumat Kontraktor tidak tepat; dan

v. modal kontraktor tidak dikemas kini dalam Sistem Maklumat Kontraktor.

b. Pihak Audit mengesyorkan PKK mengambil tindakan seperti berikut:

i. menetapkan piagam pelanggan yang praktikal dan memastikan ia dicapai bagi menjamin

kepuasan kontraktor;

ii. merujuk kepada Menteri Kewangan untuk membuat pindaan kepada yuran yang

dikenakan kepada kontraktor Kelas F dan pindaan kepada tempoh sah pendaftaran

Kelas F;

iii. mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara mengenai proses perubahan fi

dalam Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 supaya selaras dengan kehendak

undang-undang;

iv. mengambil tindakan untuk menyeragamkan ketidakselarasan antara Perintah Fee

(Pendaftaran Kontraktor) 1984 dengan Arahan Perbendaharaan;

v. bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Maklumat dalam memastikan sistem rekod

PKK sentiasa tepat dan kemas kini bagi memastikan maklumat yang dipamerkan adalah

benar dan boleh dipercayai; dan

vi. latihan perlu diberikan kepada semua pegawai proses mengenai cara pengiraan modal

yang betul untuk memastikan kontraktor yang berdaftar dengan PKK benar-benar

berkelayakan dari segi pemilikan modal.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

24. Pentadbiran Kontrak

a. Satu ikatan kontrak wujud antara Kerajaan dengan petender setelah Surat Setuju Terima

(SST) ditandatangani dan dikembalikan oleh petender kepada Kerajaan. Seterusnya,

penyediaan dokumen kontrak diuruskan oleh pejabat yang memanggil tender yang

menjelaskan secara bertulis hak dan tanggungjawab pihak yang akan menandatangani

kontrak. Pentadbiran kontrak mestilah diuruskan dengan teratur dan mematuhi peraturan

yang berkuat kuasa bermula daripada SST hinggalah ke penyediaan akaun muktamad. Bagi

tempoh tahun 2008 hingga 2011, Kementerian telah menguruskan sebanyak 149 kontrak

dengan kos bernilai RM3.684 bilion. Pengauditan yang dijalankan mendapati pentadbiran

kontrak di Kementerian dan Jabatan/Agensi pada umumnya adalah memuaskan.

Kementerian dan Jabatan/Agensi berkaitan telah mematuhi terma kontrak berhubung

penyediaan dokumen kontrak; peranan dan tanggungjawab Pegawai Penguasa (PP) dan

wakilnya; urusan bayaran pendahuluan; urusan Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa;

urusan pengenaan ganti rugi terhadap kelewatan penyiapan serta urusan pengeluaran Sijil

Perakuan Siap Kerja. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan dalam

pentadbiran kontrak antaranya seperti berikut:

i. urusan mematikan setem tidak diambil tindakan sewajarnya iaitu tidak mendapat

pengecualian duti setem ataupun dimatikan setem;

ii. dokumen kontrak lewat ditandatangani; dan

iii. ketidakpatuhan kepada syarat kontrak seperti bon pelaksanaan lewat dikemukakan.

xxxii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!