10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Berdasarkan maklum balas yang dikemukakan, pihak Audit berpendapat bahawa

INSKEN telah mengambil langkah yang positif untuk membantu graduan

mendapatkan pembiayaan dari SME Bank. Bagaimanapun, INSKEN perlu

memastikan tindakan susulan secara proaktif diambil selaras dengan

penambahbaikan yang dicadangkan supaya bilangan graduan yang diluluskan

pinjaman oleh SME Bank dapat ditingkatkan.

22.5.1.3. Semakan Audit mendapati antara sebab pencapaian sasaran yang kurang

memuaskan bagi aktiviti KAKS dan kelemahan dalam pembinaan/penyediaan

kemudahan Student Mall adalah seperti berikut:

a. INSKEN telah menyediakan Terms of Reference (TOR) semasa menyalurkan

peruntukan kepada setiap universiti. Namun begitu, adalah didapati ketetapan TOR

tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya terutama dalam aspek pemantauan.

Tanggungjawab INSKEN mengikut TOR dan pelaksanaannya adalah seperti berikut:

i. Menyelaras Program Keusahawanan Siswa melalui mesyuarat dengan semua

universiti terlibat bagi membincangkan perancangan, pelaksanaan dan

keberkesanan program. Semakan Audit mendapati mesyuarat penyelarasan

telah diadakan sebanyak 6 kali sepanjang tempoh tahun 2009 hingga 2011.

Mesyuarat tersebut antaranya membincangkan kelewatan pembinaan Student

Mall di mana universiti digesa supaya menyegerakan pembinaan Student Mall

dan mengemukakan laporan status pembinaan kepada INSKEN.

ii. Mengadakan pemantauan pada bila-bila masa di mana-mana universiti

mengikut keperluan. Semakan Audit mendapati tiada bukti menunjukkan

INSKEN menjalankan pemantauan dalam tempoh tahun 2009 hingga 2011.

iii. Menganalisis keberkesanan program/aktiviti, kewangan (peruntukan dan

perbelanjaan) dan melaksanakan pengauditan. Antara perkara yang akan

diaudit termasuklah aktiviti dan perbelanjaan setiap universiti; Laporan

Kemajuan Pembinaan Student Mall serta pangkalan data peserta yang terlibat

dalam program/aktiviti PKS. Semakan Audit mendapati INSKEN hanya

menjalankan pengauditan sekali sahaja iaitu pada bulan April 2010 bersamasama

dengan Unit Audit Dalam MITI di 11 universiti.

b. Mengikut penjelasan pihak INSKEN, mereka menghadapi kekangan dari segi guna

tenaga menyebabkan pemantauan yang sewajarnya tidak dapat dilakukan. Seksyen

Pembudayaan Keusahawanan, INSKEN yang menguruskan PKS telah diluluskan

3 jawatan iaitu Ketua Penolong Pengarah Gred M48 dan 2 jawatan Penolong

Pengarah Gred M41. Semasa pengauditan dijalankan, hanya seorang pegawai yang

menguruskan PKS iaitu Penolong Pengarah Gred M41.

c. INSKEN tidak mengkaji dengan teliti semasa memutuskan pengagihan peruntukan

kepada universiti. Ini menyebabkan peruntukan kepada UMK berjumlah RM105,000

pada tahun 2009 dan RM245,000 pada tahun 2010 tidak dibelanjakan langsung. Ini

kerana universiti berkenaan merupakan universiti keusahawanan di mana silibus

yang diajar sama dengan modul KAKS. Begitu juga dengan pengagihan peruntukan

Student Mall berjumlah RM300,000 kepada UUM. Pengagihan dibuat pada tahun

2009 walaupun UUM telah mempunyai Student Centre yang dibuka mulai tahun

2004 seperti di Gambar 22.19 dan 22.20. Student Centre ini mempunyai fungsi yang

sama dengan Student Mall kerana ia juga menyediakan premis perniagaan untuk

mahasiswa menjalankan perniagaan. Sehubungan itu, pihak Audit mendapati UUM

324 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!