10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

13 Jun 2012

Sistem Pengurusan Hasil [Revenue Management System - (ReMS)] telah

digunakan mulai tahun 2008 untuk pemantauan debit akhir tahun dan mulai Ogos

2009 untuk pemantauan debit semasa. Bagi mempercepatkan tindakan, ReMS

telah menjana kes untuk dikenakan kenaikan secara automatik di mana data akan

di upload ke STS/STSNC untuk semakan kali kedua dan notis kenaikan

dikeluarkan melalui STS. Bagaimanapun, kenaikan cukai tidak dapat dibuat

secara automatik untuk semua kes, antaranya disebabkan kod transaksi dan

tahun bayaran yang diberikan oleh pembayar cukai tidak tepat; perlu

mengetepikan kes yang ada ansuran; dan mengetepikan kes SG berpendapatan

penggajian kerana CP38 perlu dikeluarkan. Bagi kes yang tidak dikenakan

kenaikan secara automatik, tindakan kenaikan yang dibuat secara manual adalah

berdasarkan senarai tunggakan hasil yang dikeluarkan setiap awal tahun. Arahan

Operasi Bil. 6 Tahun 2010 telah dikeluarkan kepada cawangan untuk mengambil

tindakan mengenakan kenaikan Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 atas

baki cukai yang tidak dijelaskan dalam tempoh. Selepas teguran Audit, LHDNM

telah mengambil tindakan mengenakan kenaikan cukai ke atas kes-kes yang layak

dikenakan kenaikan. Kes-kes akan dipantau sehingga penyelesaian.

8.5.3.3. Sekatan Perjalanan Terhadap Pembayar Cukai

Seksyen 104 ACP 1967 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah LHDNM untuk

mengeluarkan perintah halangan ke luar negara kepada pembayar cukai yang

mempunyai cukai tertunggak. Mengikut Seksyen 75A ACP 1967, mulai 26 Disember

2002, sekatan perjalanan ke luar negara hendaklah dikeluarkan kepada pengarah

syarikat sekiranya syarikat berkenaan mempunyai cukai tertunggak melebihi RM10,000.

Bagi kes kategori individu pula, Pekeliling Operasi Bil. 9 Tahun 2010 yang berkuat kuasa

pada bulan Mei 2010, penetapan had cukai tertunggak adalah berjumlah RM2,000.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati seramai 18 pembayar cukai mempunyai

cukai tertunggak berjumlah RM0.91 juta tetapi tidak dikenakan sekatan ke luar negara.

Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 8.9

TIADA SEKATAN KE LUAR NEGARA TERHADAP PEMBAYAR CUKAI YANG

BELUM MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

KATEGORI BIL. PEMBAYAR CUKAI

JUMLAH TUNGGAKAN CUKAI

(RM)

C 1 15,780

OG 15 825,347

SG 2 72,987

JUMLAH 18 914,114

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

13 Jun 2012

Tindakan mengenakan sekatan perjalanan akan dilaksanakan apabila kaedah lain

dalam memungut tunggakan cukai tidak berhasil. Selepas teguran Audit, LHDNM

telah mengambil tindakan susulan termasuk surat pungutan baki cukai telah

dikeluarkan kepada pembayar cukai.

97 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!