10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

14. PENGURUSAN PROJEK PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN

14.1. LATAR BELAKANG

14.1.1. Projek Pertanian Kawasan Parlimen mempunyai 4 komponen iaitu Projek Kecil

Pertanian Kawasan Parlimen (PKPP); Projek Pertanian Majlis Pembangunan Pertanian

Kawasan Parlimen (Projek Pertanian MPPP); Projek Infrastruktur Pertanian dan Projek

Pembaikan, Naik Taraf Kompleks Dan Jeti Nelayan. Sehubungan itu, setiap Kawasan

Parlimen diperuntukkan sejumlah RM100,000 setahun bagi melaksanakan setiap komponen

projek tersebut. Projek Pertanian Kawasan Parlimen mula diperkenalkan secara

berperingkat bermula dengan PKPP pada tahun 2005.

14.1.2. PKPP telah diperkenalkan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani dengan

objektif untuk melibatkan Ahli Parlimen dalam merancang dan memantau pelaksanaan

projek kecil pertanian dan membantu kumpulan sasar iaitu petani, penternak dan nelayan

dalam meningkatkan pendapatan hasil pengeluaran. Manakala pada 29 April 2009,

Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian

Kawasan Parlimen (MPPP) bagi melaksanakan Projek Pertanian MPPP. Ekoran daripada

itu, kesemua 222 kawasan Parlimen telah menubuhkan MPPP di kawasan Parlimen masingmasing.

Matlamat penubuhan MPPP adalah untuk mendapatkan idea berhubung

pelaksanaan projek pertanian di kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia

ada. Di samping itu, MPPP juga berfungsi untuk mengenal pasti masalah yang timbul di

peringkat Parlimen masing-masing mengenai pertanian, memaklumkan kepada semua pihak

akan peluang perniagaan dalam sektor pertanian dan segala kemudahan yang disediakan

oleh Kerajaan serta sebagai forum untuk perbincangan bagi memperkasakan pembangunan

industri pertanian negara. Selain itu, Projek Infrastruktur Pertanian turut diperkenalkan pada

tahun yang sama. Peruntukan bagi projek ini disalurkan melalui Kementerian Pertanian Dan

Industri Asas Tani (Kementerian) di bawah peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan.

14.1.3. Agensi pelaksana yang bertanggungjawab untuk melaksanakan keempat-empat

komponen Projek Pertanian Kawasan Parlimen adalah Jabatan Pertanian, Jabatan

Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),

Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN NASIONAL), Lembaga Pertanian

KEMUBU (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian MUDA (MADA).

14.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada PKPP dan Projek Pertanian MPPP telah

diuruskan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

14.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap PKPP dan

Projek Pertanian MPPP yang dilaksanakan oleh LPP dan MADA bagi tempoh tahun 2009 hingga

2011 di Unit Bajet, Cawangan Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian

Pertanian Dan Industri Asas Tani; Ibu Pejabat LPP dan Pejabat LPP Negeri Johor, Sabah dan

Selangor; Ibu Pejabat MADA; dan pejabat MPPP di 3 kawasan Parlimen di setiap negeri yang

dilawati iaitu Johor, Kedah, Sabah dan Selangor.

185 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!