10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

63.5.3. Pematuhan Terhadap Peraturan Pengurusan Dan Kewangan Syarikat

63.5.3.1. Tadbir Urus Korporat

a. Terma Rujukan Lembaga Pengarah

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2007 telah menetapkan bahawa terma rujukan

Lembaga Pengarah perlu diwujudkan bagi memperincikan peranan dan kelayakan

bagi pelantikan setiap ahli Lembaga Pengarah di mana mereka yang dilantik

hendaklah mempunyai kepakaran, pengetahuan, pengalaman di samping

mempunyai integriti dan tahap profesionalisme yang tinggi. Terma rujukan Lembaga

Pengarah tersebut juga mestilah ditetapkan dan dinilai setiap 2 tahun. Semakan

Audit mendapati sehingga Disember 2011 tiada bukti menunjukkan terma rujukan

disediakan bagi memperincikan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah

ITBM. Pada pendapat Audit, ITBM perlu mengambil tindakan segera untuk

menyediakan terma rujukan tersebut kerana ia adalah penting sebagai

panduan kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawab

mereka sejajar dengan perkembangan operasi ITBM.

Maklum Balas Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Yang Diterima Pada

13 Jun 2012

Tindakan segera telah diambil dan terma rujukan Lembaga Pengarah dijangka

siap selewat-lewatnya penghujung tahun 2012.

b. Rancangan Korporat

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menyatakan bahawa setiap syarikat

perlu menyediakan Rancangan Korporat dan menetapkan strateginya untuk

mencapai matlamat bagi tempoh jangka pendek (tahunan) dan jangka panjang dan

rancangan tersebut perlu selaras dengan objektif penubuhannya. Semakan Audit

mendapati Rancangan Korporat yang mengandungi visi, misi, pelan perniagaan,

pelan tindakan dan KPI telah disediakan bagi tempoh tahun 2011 hingga 2015.

63.5.3.2. Pengurusan Kewangan Syarikat

Akta Syarikat 1965 menetapkan Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk

memastikan aset syarikat diuruskan dengan cekap, teratur dan mematuhi peraturan

yang ditetapkan. Prosedur Perekodan Harta Tetap dalam Manual Operasi Standard

ITBM pula menyatakan bahawa Eksekutif Kewangan hendaklah mengemas kini Daftar

Harta Tetap secara bulanan dengan mengambil kira perubahan yang berlaku. Daftar

Harta Tetap hendaklah mengandungi maklumat seperti tarikh belian, jenis dan

keterangan harta, nombor siri harta (tagging), kos harta, lokasi harta, asas susut nilai,

susut nilai terkumpul, susut nilai bulanan dan nilai buku bersih. Semakan Audit

mendapati Daftar Aset yang diselenggarakan tidak mengandungi butiran seperti yang

ditetapkan dalam Manual Operasi Standard ITBM iaitu tiada butiran asas susut nilai,

susut nilai terkumpul, susut nilai bulanan dan nilai buku bersih. Selain itu, Daftar Aset

yang diselenggarakan adalah tidak lengkap dan kemas kini kerana terdapat aset syarikat

yang tidak direkodkan dalam daftar tersebut. Antara aset yang bernilai tinggi dan tidak

direkodkan adalah Shrink Tunnel Machine dan L-Sealer Machine yang disimpan dalam

stor ITBM (Gambar 63.11 dan 63.12). Pihak Audit juga mendapati daftar aset yang

diselenggarakan tidak menyenaraikan aset ICT seperti komputer, komputer riba dan

mesin pencetak. Maklumat aset ICT yang diberikan adalah maklumat penyenggaraan

yang dilakukan terhadap aset tersebut. Pemeriksaan Audit juga mendapati terdapat aset

yang tidak dilabel (Gambar 63.13 hingga 63.15) bagi memudahkan urusan pengesanan.

949 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!