10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

CAWANGAN

BIL. SAMPEL YANG DIAUDIT

(Bil. Pembayar Cukai)

Shah Alam 181

Pulau Pinang 75

Alor Setar 45

Kangar 11

JUMLAH 1,232

6.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan merangkumi semakan terhadap data pembayar cukai melalui SMUP,

Sistem Taksir Sendiri Selain Syarikat (STSNC) dan Case Management System (CMS) mengenai

bayaran fi dan komisen yang diterima, pendapatan yang dilaporkan dan audit cukai yang

dilaksanakan. Selain itu, temu bual dengan pegawai LHDNM yang terlibat juga diadakan.

6.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada bulan Disember 2011, Januari 2012 dan April 2012

mendapati wujud beberapa kelemahan seperti berikut:

i. maklumat penerima bayaran fi dan komisen tidak dikemukakan oleh agensi pemberi

maklumat;

ii. pembayar cukai tidak/kurang melaporkan pendapatan fi atau komisen dalam Borang

Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran yang disemak;

iii. pembayar cukai tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan walaupun

mereka ada menerima pendapatan fi dan komisen; dan

iv. pembayar cukai belum dipilih untuk dilaksanakan audit cukai.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas LHDNM adalah seperti di

perenggan berikut:

6.5.1. Prestasi Penerimaan Maklumat Daripada Agensi Pemberi Maklumat

Unit Pengesanan LHDNM akan mengeluarkan surat permohonan maklumat yang

dinamakan surat Q iaitu Q1 (Pemberi Maklumat Baru) dan Q2 (Pemberi Maklumat Aktif yang

telah didaftarkan dalam SMUP). Surat ini akan dikemukakan pada awal tahun kepada agensi

pemberi maklumat agar mengemukakan maklumat berkaitan amaun yang dibayar kepada

penerima bayaran. Maklumat tersebut perlu dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh

30 hari dari tarikh surat Q dikeluarkan. Kegagalan agensi pemberi maklumat mengemukakan

maklumat seperti yang diminta akan menyebabkan maklumat penerima bayaran yang

menerima pendapatan pada tahun taksiran berkenaan tiada dalam Sistem Gudang Data.

Adalah didapati prestasi penerimaan maklum balas oleh LHDNM adalah rendah iaitu secara

purata kurang daripada 50% bagi tahun 2009 hingga 2011. Butirannya adalah seperti di

jadual berikut:

JADUAL 6.2

MAKLUM BALAS SURAT Q YANG DITERIMA BAGI TAHUN 2009 HINGGA 2011

TAHUN

SURAT DIHANTAR*

SURAT Q1 & Q2

MAKLUM BALAS DITERIMA* (%)

2009 7,295 2,742 37.6

2010 6,793 3,826 56.3

2011 8,502 3,785 44.5

Nota: (*) - Statistik Daripada Jabatan Pematuhan Cukai, LHDNM

Pada pendapat Audit, bagi memastikan semua pemberi maklumat mematuhi arahan

yang dikeluarkan, LHDNM hendaklah mewajibkan semua agensi pemberi maklumat

mengemukakan maklumat penerima bayaran kepada LHDNM pada setiap tahun.

75 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!