10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Bhd. dengan nilai kerja berjumlah RM112.96 juta (75.2%) daripada nilai kontrak baru

yang berjumlah RM150.23 juta. Penyerahan hak ini adalah disebabkan oleh

kontraktor utama tidak dapat meneruskan kerja di tapak. Pihak Audit telah membuat

semakan dengan CIDB dan mendapati tarikh luput pendaftaran syarikat tersebut

ialah pada bulan Jun 2010. Aneka Prestij Sdn. Bhd. hanya memperbaharui

pendaftaran pada 1 Ogos 2011 walaupun syarikat ini telah menjalankan kerja di

tapak sejak bulan Mac 2010. Semakan dengan PKK pula mendapati Aneka Prestij

Sdn. Bhd. tidak berdaftar dengan PKK. Oleh itu, pihak Audit tidak dapat memastikan

rekod kerja syarikat tersebut.

d. Mengikut syarat 27 (c), semua kontraktor yang diambil kerja berkaitan dengan kerja

hendaklah diambil dari dalam daerah di mana kerja itu terletak dan jika

subkontraktor tidak boleh didapati dalam daerah tersebut, maka hendaklah diambil

dari dalam negeri di mana kerja itu terletak. Peruntukan ini hanya boleh diubah

dengan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa. Semakan Audit

mendapati Aneka Prestij Sdn. Bhd. telah didaftar mengikut alamat di Klang,

Selangor dan tiada persetujuan bertulis diperoleh daripada Pegawai Penguasa.

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Deed of Assignment antara kontraktor utama dan sub-kontraktor mendapat

persetujuan daripada Kerajaan yang ditandatangani oleh Pengarah Cawangan

Jalan, JKR iaitu merupakan Pegawai Penguasa. Penyerahan hak sebahagian kerja

kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. yang beralamat di Klang, Selangor adalah

berdasarkan kepada faktor ketiadaan sub-kontraktor yang berkeupayaan dari segi

kewangan dan kepakaran teknikal, di samping kesanggupan sub-kontraktor

tersebut untuk mengambil tanggungjawab dan risiko melaksanakan projek ini di

mana kos bayaran pendahuluan dan bon pelaksanaan ditanggung oleh pihaknya.

Pada pendapat Audit, walaupun kerja telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn.

Bhd. oleh kontraktor utama, namun JKR hendaklah memastikan bahawa syarikat

yang dilantik itu adalah syarikat yang berpengalaman yang mempunyai rekod

kerja yang baik supaya projek ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah

ditetapkan demi menjaga imej Kerajaan.

23.5.2.2. Pelantikan Perunding

a. Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 22 Julai 2004 telah bersetuju untuk

meluluskan pelantikan 3 perunding bagi mereka bentuk Jambatan Kedua Sultan

Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. Pelantikan perunding ini adalah gabungan

3 perunding yang membentuk satu konsortium yang dikenali sebagai Konsortium

KMS Ingeniuer-Bentara-RMR. Surat Niat telah dikeluarkan pada 15 Disember 2004

dan Surat Setuju Terima pula ditandatangani pada 30 September 2005. Butiran

lanjut mengenai perunding yang dilantik adalah seperti di Jadual 23.4. Pihak Audit

tidak dapat menentukan justifikasi pemilihan perunding ini kerana tiada dokumen

yang dikemukakan untuk semakan.

JADUAL 23.4

SENARAI PERUNDING YANG DILANTIK

NAMA PERUNDING BIDANG TUGAS

KMS-Ingenieur Sdn. Bhd. Kejuruteraan Awam Beams and Bridge Deck

Bentara Jururunding Kejuruteraan Awam Pile Cap and Piling

RMR Consult

Kejuruteraan Awam dan

Kejuruteraan Struktur

Piers and Embankment and Beams

Support

337 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!