10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

ii. Semakan Audit selanjutnya mendapati beberapa kelemahan berhubung

pengurusan aset (termasuk perkakasan ICT) di hospital yang dilawati seperti

berikut:

Semua aset perlu didaftarkan oleh Pegawai Aset di dalam Daftar Harta

Modal (KEW.PA2). Daftar asal itu perlu disimpan oleh Pegawai Aset dan

salinannya disimpan di lokasi aset. Bagaimanapun, didapati tiada salinan

KEW.PA2 bagi perkakasan HIS di HKeningau, HLD, HSAH dan HSelayang.

Pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara perlu

direkod pada Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori (KEW.PA-6).

Bagaimanapun, semakan Audit di HKeningau, HLD, HSAH dan HSelayang

mendapati daftar tersebut tidak disediakan di lokasi aset ditempatkan.

Semua aset perlu dilabelkan dengan Hak Kerajaan Malaysia dan Nombor

Siri Pendaftaran. Bagaimanapun, semakan Audit di HSAH mendapati 16 unit

komputer (No. ID: Training 01 – 16) tidak dilabelkan dengan Hak Kerajaan

Malaysia dan Nombor Siri Pendaftaran.

HLD dan HSAH tidak pernah menjalankan pemeriksaan aset sejak kontrak

dilaksanakan pada tahun 2007, manakala bagi HKeningau dan HPekan,

pemeriksaan aset hanya dijalankan sekali iaitu pada bulan Mac 2011.

Sistem Pengurusan Aset adalah aplikasi yang dibangunkan untuk tujuan

kawalan dan pemantauan aset bagi semua Kementerian dan Jabatan di

Malaysia. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati Sistem Pemantauan

Pengurusan Aset tidak digunakan di semua hospital yang dilawati.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Tindakan telah diambil untuk melaraskan kembali senarai peralatan yang

diperlukan serta bayaran penyenggaraan. Semua aset terlibat telah didaftarkan

dan tindakan pembetulan telah diambil selaras dengan peraturan pengurusan

aset semasa.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu menyemak semula kerja penyenggaraan

yang dilakukan berbanding kontrak dan menuntut balik bayaran kerja yang tidak

dilaksanakan. Kelemahan terhadap pengurusan aset boleh menjejaskan

keberkesanan penyenggaraan HIS. Sehubungan itu, Kementerian perlu

memastikan peraturan semasa terhadap pengurusan aset sentiasa dipatuhi oleh

semua pusat tanggungjawab di bawah Kementerian.

42.5.2.4. Planned Preventive Maintenance (PPM)

a. PPM perlu dilaksanakan setiap 3 hingga 4 bulan bagi memastikan perkakasan ICT

dalam keadaan paling optimum untuk menjamin kelancaran operasi HIS. Semasa

PPM dibuat, kontraktor perlu menandakan perkakasan yang disenggara dengan

pelekat PPM yang menyatakan tarikh terakhir PPM dilaksanakan. Ini bertujuan

memudahkan pelaksanaan PPM yang berikutnya. Semakan Audit terhadap

pelaksanaan PPM mendapati perkara berikut:

i. Di HLD, satu PPM tidak dijalankan pada tahun 2007 dan PPM hanya dijalankan

sebanyak 3 kali pada tahun 2010.

ii. Di HPekan, PPM yang dijalankan tidak menepati tempoh seperti yang

dinyatakan dalam kontrak iaitu kelewatan antara 10 hingga 71 hari daripada

tarikh sepatutnya.

690 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!