10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

Peranan Kementerian adalah sebagai pemantau keseluruhan projek dan terlibat

dalam isu-isu polisi sahaja. Kementerian telah melantik KSET bagi melaksanakan

tugas sebagai PMC di mana KSET telah menempatkan 258 jawatan dalam projek

ini. Di samping itu, Kementerian turut dibantu oleh lebih kurang 20 kakitangan

projek dan jabatan-jabatan teknikal KTMB.

Pada pendapat Audit, bilangan pegawai di Kementerian yang tidak seimbang

dengan saiz projek telah menyebabkan kelancaran projek terjejas kerana terdapat

banyak isu yang memerlukan pertimbangan Kementerian seperti membuat

keputusan terhadap isu perundangan, pengambilan tanah dan setinggan.

26.5.6.2. Peringkat KTMB

Pengurus Besar Pengurusan Projek, KTMB telah dilantik sebagai Superintending Officer

Representative (SOR). Antara tugas-tugas yang ditetapkan mengikut kontrak adalah

memperakukan jadual pembayaran dan Sijil Perakuan Siap Kerja, memastikan kualiti

bahan dan mutu kerja serta tugas-tugas lain seperti mengesyorkan pensijilan kualiti kerja

dan Certificate of Making Good Defects serta memperakukan bayaran akhir.

Bagaimanapun, lawatan Audit ke tapak projek mendapati perkara berikut:

a. Pengesahan kuantiti bagi kerja yang melibatkan bangunan dan infrastruktur telah

disemak oleh Quantity Surveyor KSET bersama pihak MGJV dan ianya diperakukan

oleh seorang Senior Resident Engineer dari firma perunding yang dilantik oleh

MGJV.

b. Pegawai KTMB yang ditempatkan di tapak projek tidak terlibat dalam pengesahan

kuantiti bahan yang digunakan.

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

KTMB memaklumkan kekurangan pegawai di tapak projek menghadkan mereka

untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dan hanya menumpukan kepada

kerja-kerja landasan sahaja. Pegawai projek KTMB yang ditempatkan di tapak

adalah untuk pemantauan kemajuan projek serta menjadi penyelaras antara

MGJV/KSET dengan jabatan dalaman KTMB. Selain itu, KTMB juga terlibat dalam

kerja-kerja semakan reka bentuk, pemeriksaan dan pengujian dengan

menggunakan pegawai-pegawai jabatan dalaman KTMB yang mempunyai

kepakaran tertentu. Bagaimanapun, untuk mengelakkan daripada berlakunya

pertindihan tugas, adalah dipersetujui bahawa tugas-tugas tertentu seperti

pengesahan kuantiti bahan dijalankan oleh pegawai KSET dan KTMB akan

menyemak pengesahan tersebut.

Pada pendapat Audit, pengesahan kuantiti bagi kerja bangunan dan infrastruktur

perlu dilakukan oleh KSET dan diperakukan oleh KTMB selaku SOR. Selain itu,

tanggungjawab SOR, KSET dan perunding yang dilantik oleh MGJV perlu

diperjelaskan secara terperinci supaya mereka dapat melaksanakan

tanggungjawab masing-masing dengan lebih berkesan.

384 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!