10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Tugas Jawatankuasa tersebut adalah untuk membantu dan menyelesaikan

isu pemindahan hak milik berkaitan.

Penambahan seorang pegawai untuk Unit Pengurusan Tanah.

Pelan tindakan tersebut telah diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif

PAAB untuk dilaksanakan mulai bulan Januari 2012.

Maklum Balas Pengurusan Aset Air Berhad Yang Diterima Pada 6 Jun 2012

Isu yang dibangkitkan oleh pihak Audit dipersetujui dan PAAB telah mengambil

tindakan yang sewajarnya. Antaranya ialah mengambil 5 orang pekerja dari bulan

November 2011 hingga April 2012; meneruskan proses pemindahan tanah;

mengadakan Mesyuarat Pasukan Petugas berjadual untuk semua negeri yang

telah menandatangani perjanjian sekurang-kurangnya sebulan sekali; Unit

Pengurusan Tanah telah diberi KPI bagi tujuan memastikan pemindahan aset

tanah di mana ia meletakkan sasaran memindahkan 150 tapak kepada PAAB dan

sebanyak 600 tapak melalui pelbagai peringkat pemindahan.

Pada pendapat Audit, PAAB perlu menyusuli pemindahan hak milik tanah

dengan Kerajaan Negeri. Tindakan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tanah

yang dianggotai oleh pegawai yang mahir dalam bidang berkaitan adalah baik

bagi mempercepatkan proses pemindahan hak milik tanah kepada PAAB.

c. Prestasi Projek Pembangunan Infrastruktur Aset Air

i. Di bawah penstrukturan industri perkhidmatan air negara yang baru, PAAB

diberi mandat untuk menerajui projek berkaitan perbelanjaan modal (CAPEX)

yang terdiri daripada pembangunan loji rawatan air baru, menaik taraf dan

pemulihan aset air sedia ada, sistem pengagihan yang baru dan program air tak

terhasil (NRW). Pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur aset air

dilaksanakan melalui 3 kaedah mengikut kategori kerja iaitu major works, minor

works dan mini works. Mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, pemegang

lesen dikehendaki mengemukakan Rancangan Perniagaan Tiga Tahun kepada

SPAN untuk pertimbangan dan kelulusan. Rancangan Perniagaan tersebut

antara lain mengandungi pelan 3 tahun membangun, membaik pulih dan

menyenggarakan sistem bekalan air. Rancangan yang diluluskan akan

dikembalikan kepada pemegang lesen. PAAB bertanggungjawab untuk menilai

rancangan tersebut dalam aspek komersial dan mendapatkan sumber

pembiayaan.

ii. Pada tahun 2010 sejumlah RM1,280.61 juta telah diluluskan oleh SPAN untuk

projek infrastruktur aset air di 3 Negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Daripada jumlah tersebut PAAB telah memperuntukkan sejumlah

RM1,252.42 juta (97.8%) bagi pelaksanaan projek di 3 negeri tersebut iaitu

sejumlah RM378.14 juta (30.2%) untuk Melaka, RM333.03 juta (26.6%) untuk

Negeri Sembilan dan RM541.25 juta (43.2%) untuk Johor. Butirannya adalah

seperti di jadual berikut:

JADUAL 65.9

BAJET DAN PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

BAJET YANG

PERUNTUKAN OLEH PAAB

PERATUS PERUNTUKAN

NEGERI

DILULUS OLEH

SPAN

(RM Juta)

2010

(RM Juta)

2011 JUMLAH

BERBANDING BAJET

OLEH SPAN

Melaka 380.35 323.90 54.24 378.14 99.4

Negeri Sembilan 342.46 106.54 226.49 333.03 97.2

Johor 557.80 379.50 161.75 541.25 97.0

JUMLAH 1,280.61 809.94 442.48 1,252.42 97.8

979 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!