10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

56. KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

- Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

56.1. Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB - High Speed Broad Band) adalah projek

yang dilaksanakan secara usaha sama antara sektor awam dan sektor swasta (Public-Private

Partnership). Satu perjanjian antara Kerajaan dengan Telekom Malaysia Berhad (TM)

ditandatangani pada 16 September 2008 dengan kos kontrak berjumlah RM11.306 bilion.

Daripada kos kontrak ini, dana sejumlah RM2.400 bilion (21.2%) akan diperuntukkan oleh

Kerajaan bagi tempoh 3 tahun pertama (25 Julai 2008 hingga 25 Julai 2011, kemudiannya

dilanjutkan sehingga 24 Julai 2012) manakala bakinya sejumlah RM8.906 bilion (78.8%) oleh TM

bagi tempoh 10 tahun. Kontrak ini adalah untuk pihak TM menyediakan perkhidmatan jalur lebar

premium dengan kelajuan 10 Mbps hingga 100 Mbps (megabit sesaat) bagi pelanggan

kediaman dan sehingga 1 Gbps (gigabit sesaat) untuk perniagaan menerusi infrastruktur gentian

optik yang merangkumi capaian tempatan dan antarabangsa. Objektif utama projek HSBB

adalah untuk menyediakan infrastruktur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi kepada

1,335,544 premis (perumahan dan perniagaan) di seluruh negara menjelang hujung tahun 2012.

Projek ini tertumpu di kawasan ekonomi berimpak tinggi meliputi Inner Klang Valley, Johor Bahru

(Wilayah Pembangunan Iskandar) dan kawasan perindustrian utama.

56.2. Skop utama projek adalah melibatkan penyediaan infrastruktur rangkaian jalur lebar

merangkumi rangkaian capaian (last mile), rangkaian teras (core network) dan rangkaian

antarabangsa (international network). Rangkaian capaian menghubungkan kediaman dan

perniagaan kepada lebuh raya jalur lebar bagi membolehkan capaian lebih pantas melalui

rangkaian gentian optik. Rangkaian teras bertindak sebagai lebuh raya jalur lebar yang

menghubungkan seluruh Malaysia. Rangkaian antarabangsa pula bertindak sebagai lebuh raya

jalur lebar yang menghubungkan Malaysia dengan negara lain melalui rangkaian dasar laut.

56.3. Mengikut perjanjian, mulai bulan Januari 2014, perkongsian hasil (revenue sharing)

dengan TM mengikut nisbah pelaburan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Pembayaran tetap secara tahunan sebanyak RM50 juta untuk tempoh 4 tahun iaitu

mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017.

b. Pembayaran boleh ubah bagi lebihan hasil sebenar yang melebihi hasil unjuran untuk

tempoh 8 tahun iaitu mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2025.

56.4. Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada projek HSBB telah dirancang dan

dilaksanakan dengan teratur dan cekap bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Semakan Audit

yang dijalankan antara bulan September 2011 hingga Februari 2012 mendapati proses

pelantikan kontraktor adalah teratur dan baik serta pelaksanaan penyediaan infrastruktur

rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi adalah mengikut jadual yang ditetapkan. Bagaimanapun,

terdapat beberapa kelemahan dalam aspek pelantikan dan pembayaran perunding. Penjelasan

lanjut adalah seperti berikut:

56.4.1. Projek HSBB ini dilaksanakan sepenuhnya oleh TM. Sehingga 31 Disember 2011,

kemajuan projek telah mencapai 87.3% di mana 1,165,759 (87.3%) premis telah disediakan

perkhidmatan infrastruktur akses jalur lebar berkelajuan tinggi ini berbanding

1,335,544 premis yang disasarkan. Baki 169,785 premis disasarkan untuk disediakan

perkhidmatan ini pada tahun 2012. Sasaran dan pencapaian pelaksanaan projek adalah

seperti di jadual berikut:

898 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!