10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

kerja. Melalui program tersebut, MdI juga telah menetapkan 4 objektif utama untuk

dicapai iaitu memperkukuhkan pentadbiran, perkhidmatan dan penguatkuasaan

pengurusan insolvensi; pelaksanaan dan pematuhan undang-undang insolvensi;

keupayaan dan kemampuan MdI serta kerjasama dan perkongsian strategik. Bagi

mencapai objektif tersebut, MdI telah memperkenalkan beberapa kaedah seperti

penentuan Key Result Area, petunjuk dan sasaran prestasi utama; penetapan hala tuju

strategik MdI untuk 5 tahun ke hadapan; pemantauan melalui Pejabat Pengurusan dan

Pemantauan Projek, Mesyuarat Pengarah-pengarah Negeri; mengeluarkan arahan dan

pelaporan setiap 2 minggu mengenai isu operasi dan sumber manusia serta Laporan

Pencapaian Setiap Suku Tahun.

2.5.1.2. Pihak Audit mendapati setakat akhir bulan Disember 2011, jumlah kes

kebankrapan yang masih dalam pentadbiran MdI adalah sebanyak 237,856 kes

manakala penggulungan syarikat pula sebanyak 30,871 kes. Bagi kes kebankrapan,

terdapat 3 kaedah yang ditetapkan dalam Akta Kebankrapan 1967 untuk melepaskan

individu dari kebankrapan iaitu penamatan kes oleh Mahkamah (Seksyen 105),

pelepasan oleh Mahkamah (Seksyen 33) dan pelepasan melalui Sijil Pelepasan Ketua

Pengarah Insolvensi (Seksyen 33A). Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak

58,840 kes kebankrapan/penggulungan syarikat telah didaftarkan manakala jumlah yang

dilepaskan/diselesaikan adalah sebanyak 24,997 kes. Analisis Audit mendapati berlaku

peningkatan bagi bilangan kes yang dilepaskan/diselesaikan dari tahun 2009 hingga

2011 kesan daripada Program Transformasi Organisasi yang dilaksanakan seperti di

jadual berikut:

TAHUN

JADUAL 2.1

JUMLAH KES DIDAFTARKAN DAN DILEPASKAN/DISELESAIKAN

BAGI TEMPOH TAHUN 2009 HINGGA 2011

KES

KEBANKRAPAN

DIDAFTAR

KES

PENGGULUNGAN

SYARIKAT

KES

KEBANKRAPAN

DILEPASKAN

KES

PENGGULUNGAN

SYARIKAT

DISELESAIKAN

2009 16,447 1,452 4,977 242

2010 18,662 1,572 6,035 1,403

2011 19,167 1,540 10,680 1,660

JUMLAH 54,276 4,564 21,692 3,305

JUMLAH

KESELURUHAN

58,840 24,997

2.5.1.3. Hasil yang dipungut daripada aktiviti pentadbiran kes kebankrapan/

penggulungan syarikat oleh MdI melalui bayaran carian status kebankrapan, fi

penghasilan dan pembahagian serta bayaran perkhidmatan lain yang disediakan bagi

tahun 2009 hingga 2011 adalah berjumlah RM111.35 juta. Semakan Audit mendapati

pungutan hasil bagi tahun 2009 berjumlah RM28.32 juta telah meningkat kepada

RM36.44 juta (28.7%) pada tahun 2010. Manakala bagi tahun 2011 pungutan hasil telah

meningkat sejumlah RM10.15 juta (27.9%) kepada RM46.59 juta. Butiran pungutan hasil

adalah seperti di carta berikut:

(RM JUTA)

50.00

40.00

30.00

20.00

10.00

0.00

CARTA 2.1

JUMLAH PUNGUTAN HASIL

28.32

36.44

46.59

2009 2010 2011

TAHUN

5 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!