10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

65.2.2. Pengurusan aktiviti PAAB telah dilaksanakan dengan teratur, berhemat dan

mencapai objektif yang ditetapkan.

65.2.3. Pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat PAAB adalah selaras dengan

peraturan yang ditetapkan.

65.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek kewangan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010. Selain itu

pengauditan juga dilaksanakan terhadap aktiviti utama dan tadbir urus korporat PAAB bagi

tempoh tahun 2008 hingga 2011.

65.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen berkaitan di Ibu Pejabat

PAAB, Pejabat PAAB Cawangan Johor dan Melaka, SPAN, Kementerian Tenaga, Teknologi

Hijau Dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Kewangan serta lawatan fizikal ke beberapa lokasi

Aset Air dan projek yang sedang dijalankan juga telah dibuat bersama pegawai PAAB dan

operator air [Syarikat Air SAJ Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dan Syarikat Air Melaka Berhad

(SAMB)]. Perbincangan dan temu bual juga diadakan dengan pegawai yang berkaitan.

65.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2011 mendapati prestasi

dan pengurusan kewangan serta tadbir urus korporat PAAB adalah memuaskan. Bagi tempoh

tahun 2008 hingga 2010, PAAB telah mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai iaitu

daripada RM2.31 juta pada tahun 2008 kepada RM47.41 juta pada tahun 2009 dan terus

meningkat kepada RM70.78 juta pada tahun 2010. Setakat akhir tahun 2010, keuntungan

terkumpul adalah berjumlah RM120.05 juta. Peningkatan yang ketara pada tahun 2009 adalah

disebabkan pendapatan atas sewaan aset air yang diterima mulai tahun 2009. Bagaimanapun,

prestasi dan pengurusan aktiviti adalah kurang memuaskan antaranya seperti berikut:

i. sehingga kini hanya 5 daripada 12 negeri telah menyertai program penstrukturan industri

perkhidmatan air negara. Di samping itu, hanya 153 (9.7%) daripada 1,581 tapak aset

air telah dipindah milik kepada PAAB;

ii. adalah didapati berlaku kelewatan dalam pelaksanaan projek infrastruktur air serta

berlaku kelemahan dalam pemantauan terhadap kerja penyenggaraan yang

dilaksanakan oleh operator air; dan

iii. projek Bekalan Air Alternatif Ke KLIA bernilai RM84.21 juta yang sepatutnya siap pada

15 Disember 2011 masih belum beroperasi sepenuhnya sehingga kini kerana kapasiti

tangki air KLIA dan sistem paip agihan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti

pengeluaran air terawat dan loji.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan juga maklum balas PAAB adalah seperti

di perenggan berikut:

65.5.1. PRESTASI KEWANGAN

Prestasi kewangan PAAB bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 adalah seperti

berikut:

973 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!