10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

34.6.2. Garis panduan yang komprehensif perlu disediakan supaya pengurusan kuarters

lebih cekap, cepat dan berkesan. Selain itu, Kementerian perlu menyenaraikan Rumah Khas

Jabatan/Jawatan bagi memastikan pembayaran BPK yang dilaksanakan adalah bertepatan

dengan peraturan yang sedia ada. Bagi bayaran dan potongan yang tidak selaras, pihak

Kementerian perlu memungut/membayar balik dari/kepada pegawai berkenaan dan kes ini

perlu diselaraskan di setiap kuarters di seluruh negara.

34.6.3. Borang permohonan dan perjanjian/aku janji menduduki kuarters perlu disediakan

dengan lengkap sebelum pegawai dibenarkan menduduki kuarters. Jawatankuasa

memproses permohonan dan pengagihan kuarters perlu diwujudkan bagi menilai urusan

permohonan serta kelulusan menduduki kuarters.

34.6.4. Memastikan aspek keselamatan/kawalan kunci kuarters perlu diberi perhatian

khususnya terhadap kuarters kosong. Surat Akuan Keluar dikeluarkan setelah penghuni

membayar ganti rugi di atas kerosakan (jika berkaitan) dan mengosongkan serta

membersihkan kuarters sepenuhnya. Manakala penukaran status bangunan/unit kuarters

kosong kepada kegunaan lain perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa berkenaan supaya

ianya teratur dan boleh dimanfaatkan.

34.6.5. Menyeragamkan potongan elaun penghuni dan menetapkan dasar bagi pemotongan

elaun rumah gotong-royong serta mengambil tindakan bagi memastikan semua penghuni

kuarters dikenakan bayaran air mengikut kadar yang sepatutnya dan memasang meter

bekalan air secara individu serta didaftarkan atas nama penghuni. Kementerian juga perlu

memastikan penghuni menjelaskan semua bil utiliti dan mengambil tindakan tatatertib

terhadap penghuni yang gagal menjelaskannya.

34.6.6. Memastikan penghuni kuarters menjaga kebersihan kediaman dan sekitarnya serta

mengaktifkan jawatankuasa penghuni bagi membantu Kerajaan mengurus kemudahan

awam di kawasan kuarters. Manakala pihak yang bertanggungjawab perlu memantau bagi

memastikan pegawai yang mendiami kuarters patuh kepada peraturan dan mengeluarkan

surat amaran kepada penghuni yang melanggar peraturan menduduki kuarters.

34.6.7. Penyelenggaraan rekod daftar kuarters dan aset perlu disediakan dengan lengkap

dan kemas kini bagi memastikan pengurusan kuarters dan aset lebih teratur.

34.6.8. Memperkemas dan mempertingkatkan aspek pemantauan di semua peringkat

supaya pengurusan dan penyenggaraan kuarters Kementerian dapat diuruskan dengan lebih

cekap dan teratur serta memberi kepuasan kepada penghuni.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 265-277

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

550 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!