10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

BIL. PERKARA YANG DIBANGKITKAN TINDAKAN SUSULAN YANG BELUM SELESAI

2 Berdasarkan klausa perjanjian jual beli bagi Projek

Perumahan Rakyat Bukit Padang, pihak pemaju boleh

dikenakan Liquidated And Ascertained Damages

sekiranya lewat menyerahkan rumah pangsa yang

dibeli. Mengikut perkiraan Audit, pihak pemaju boleh

dikenakan denda sebanyak RM9.86 juta untuk tempoh

kelewatan 777 hari. Pihak Audit mendapati pemaju

telah dikenakan tindakan penggulungan oleh

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 28 Januari 2010.

72.14. PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

72.14.1. Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd.

1 Kelewatan dalam menyiapkan pengubahsuaian

bangunan Super Critical Fluid (SCF) ini mengakibatkan

beberapa perkara seperti berikut:

- Kemudahan dan peralatan teknologi SCF

dengan kos RM5.85 juta belum digunakan untuk

tujuan penyelidikan walaupun bekalannya telah

diterima sepenuhnya pada Jun 2010.

- Kelewatan pemasangan peralatan SCF telah

menyebabkan pembangunan dan penghasilan 4

produk yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa

Pemandu tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan.

2 Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh 22

makmal/unit penyelidikan BNP kurang mendapat

sambutan daripada syarikat BioNexus. Hanya 5

daripada 22 makmal/unit penyelidikan digunakan oleh

syarikat tersebut. Bagaimanapun, kesemua 22

makmal/unit penyelidikan digunakan juga oleh syarikat

bioteknologi yang lain.

3 Penyelenggaraan rekod/dokumen berkaitan urusan

BNP di 6 daripada 22 makmal/unit penyelidikan adalah

tidak teratur. Unit Monitoring & Compliance (M&C) dan

Unit Shared Facilities bercadang untuk membuat

lawatan penilaian dalam tempoh masa 3 hingga 6

minggu dan setiap 6 bulan bagi memastikan Buku Log

serta rekod/dokumen diselenggarakan. Bagi

makmal/unit penyelidikan yang tidak mematuhi

peraturan tersebut, Unit M&C akan mengeluarkan

laporan bagi makmal/unit penyelidikan dan

dibentangkan kepada Jawatankuasa Kelulusan

Program (PAC) untuk tindakan selanjutnya.

72.14.2. Astronautic Technology Sdn. Bhd.

1 Setakat bulan Disember 2010, ATSB masih belum

menyelenggarakan Daftar Aset. Senarai Aset tahun

2008 berjumlah RM0.90 juta dan tahun 2009 berjumlah

RM3.48 juta tidak lengkap kerana tiada maklumat

lokasi. Nombor pendaftaran tidak dilabelkan pada aset

manakala verifikasi dan pelupusan aset rosak tidak

pernah dilaksanakan sejak penubuhan ATSB. Selain

itu, aset yang rosak masih disimpan di ruang pejabat

menyebabkan pembaziran kos pegangan aset.

72.14.3. IJN College Sdn. Bhd.

1 IJNC perlu segera memuktamadkan Standard

Operating Procedure (SOP) bagi aktiviti utamanya dan

mendapat kelulusan Lembaga Pengarah supaya

pengurusan aktiviti dapat dibuat dengan lebih teratur

dan konsisten. Selain itu, satu pelan yang komprehensif

perlu dirangka bagi memastikan laporan yang

disediakan oleh konsultan digunakan secara optimum

agar tidak berlaku pembaziran wang.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian telah

mengeluarkan surat penamatan perjanjian pada

7 April 2011 dan merampas Bon Pelaksanaan

berjumlah RM2.32 juta. Tender bagi melantik

kontraktor penyiap telah ditutup pada 3 Februari

2012 dan kini dalam proses penilaian dan tindakan

akan diambil berdasarkan hasil maklumat yang

diperolehi daripada Value Management yang telah

dilaksanakan.

Memandangkan masih terdapat kecacatan

pembuatan iaitu dari segi kimpalan dan kesan karat

pada extractor yang diimport dari China, kontraktor

yang berkaitan diarah untuk mengambil tindakan

membaik pulih. Setelah ujian hidrostatik ke atas

peralatan SCF dilakukan dan kelulusan Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta

Site Acceptance Test (SAT) diperolehi, barulah

penghasilan 4 produk dengan kerjasama Universiti

Putra Malaysia boleh dilakukan. Peralatan SCF ini

dijangka boleh digunakan pada bulan Disember

2012.

Terdapat peningkatan dalam penggunaan

perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh

makmal/unit penyelidikan BNP di mana 12 daripada

22 makmal/unit penyelidikan tersebut digunakan oleh

syarikat BioNexus. Bagaimanapun, kadar

penggunaan baki 10 makmal penyelidikan tersebut

masih rendah.

Lawatan penilaian telah dibuat ke atas 3 daripada 6

makmal/unit penyelidikan. Manakala bagi 3 lagi

makmal/unit penyelidikan iaitu LC/MS Metabolic

Laboratory, USM: Proteomics and Drug Discovery

Laboratory, USM dan BioMedical Analysis Unit,

USM, lawatan penilaian hanya akan dibuat 6 bulan

selepas geran BNP diagihkan kepada makmal/unit

penyelidikan. Ianya tertakluk kepada Standard

Operating Procedures bagi BioNexus Partners (BNP)

Compliance Review and Grants Application Process

Description yang telah mendapat taraf MS ISO

9001:2008.

ATSB masih dalam peringkat pemadanan (matching)

antara Daftar Aset Tetap yang disediakan dengan

rekod. Pemeriksaan aset telah dilaksanakan pada

bulan Jun 2011 tetapi masih tidak meliputi

keseluruhan aset. Pelabelan aset baru dan

pelupusan aset usang masih dalam proses.

SOP bagi aktiviti utamanya masih belum disediakan.

1094 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!