10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

iii. Hendaklah bersedia membimbing dan menyalurkan maklumat dan membantu

menyediakan pakej modal pusingan kepada penanam-penanam kontraknya

dalam aspek keperluan pasaran.

b. Semakan Audit mendapati syarikat-syarikat berkenaan hanya menandatangani

perjanjian sebagai peserta sahaja. Perjanjian tersebut tidak memperincikan terma

dan syarat serta fungsi syarikat tersebut sebagai Anchor Company. Ini akan

menyebabkan Kerajaan tidak dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya

syarikat tersebut tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

21 Jun 2012

Pelantikan sesebuah syarikat Anchor Company hanyalah secara pentadbiran dan

tidak memerlukan sebarang perjanjian untuk ditandatangani kerana surat tawaran

kepada Anchor Company telah memperincikan terma dan syarat serta fungsi

syarikat tersebut sebagai Anchor Company.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan syarikat yang dilantik

sebagai Anchor Company menandatangani perjanjian yang memperincikan terma

dan syarat serta fungsi syarikat tersebut dengan jelas. Kementerian juga perlu

memastikan syarikat tersebut menjalankan tanggungjawab yang diberikan supaya

objektif TKPM dapat dicapai dengan berkesan.

17.5.4. Projek Tidak Mengikut Skop Perancangan Dan Tidak Lagi Diusahakan

17.5.4.1. Berdasarkan Pelan Perniagaan bagi TKPM Lojing I, Gua Musang, Kelantan,

projek yang dicadangkan bagi TKPM ini adalah projek sayur-sayuran tanah tinggi seperti

tomato, cili, kacang buncis, kubis, jagung dan salad. Bagaimanapun didapati sejumlah

RM64,719 telah dibelanjakan bagi tujuan penanaman projek cendawan di TKPM

tersebut. Semasa lawatan Audit dijalankan pada 22 November 2011, projek ini tidak lagi

diusahakan kerana peserta telah menarik diri dan kawasan ini telah terbiar dan semak.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

21 Jun 2012

Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah memohon peruntukan untuk mengubah

suai bangsal cendawan tersebut kepada struktur pelindung hujan dan dalam

proses penyediaan spesifikasi untuk pengubahsuaian.

GAMBAR 17.7 GAMBAR 17.8

TKPM Lojing, Gua Musang, Kelantan

- Bangunan Bagi Projek Tanaman Cendawan Tidak Digunakan Lagi

(22.11.2011)

229 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!