10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

memutuskan bahawa pihak kontraktor patut diberi peluang terakhir untuk

menyiapkan projek ini.

40.5.2. Pengurusan Pembinaan

40.5.2.1. Pelantikan Kontraktor

a. Kementerian Kewangan pada 26 Februari 2002 telah mengeluarkan Surat Niat bagi

membina Hospital Kluang kepada Konsortium Kluang HC yang dianggotai oleh

3 syarikat iaitu Kluang Medical Center Sdn. Bhd. (55%), Quasar Medical Sdn. Bhd.

(25%) dan Harta Indera Sdn. Bhd. (20%). Pada tahun 2006 dan 2007, Kluang HC

selaku konsortium yang diwujudkan telah mengikat 2 perjanjian dengan Kementerian

bernilai RM380.81 juta bagi Projek Fasa I (RM12.9 juta) dan Projek Fasa II

(RM367.91 juta).

b. Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta

520), adalah menjadi keperluan mandatori kepada kontraktor untuk berdaftar

dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB).

Berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, selain berdaftar

dengan CIDB, kontraktor kerja juga hendaklah berdaftar dengan Pusat Khidmat

Kontraktor (PKK). Semakan Audit mendapati Kluang HC telah berdaftar dengan

CIDB sebagai kontraktor kelas G7 tetapi tidak berdaftar dengan PKK serta tidak

mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan atau mengendalikan projek

pembinaan hospital.

c. Rundingan harga telah diadakan antara Kluang HC dan Kementerian bagi

menetapkan harga kontrak sebelum ia dikemukakan untuk kelulusan Kementerian

Kewangan. Sungguhpun Kementerian telah dapat menurunkan harga yang

ditawarkan oleh Kluang HC berjumlah RM443.08 juta kepada RM380.81 juta iaitu

penurunan sejumlah RM62.27 juta (14.1%), kos projek sebenarnya telah meningkat

sejumlah RM25.56 juta. Ini kerana kos asal keseluruhan projek yang diluluskan oleh

Unit Perancang Ekonomi, JPM adalah RM355.25 juta. Maklumat lanjut adalah

seperti di jadual berikut:

FASA

JADUAL 40.2

HARGA SEBELUM DAN SELEPAS RUNDINGAN HARGA

HARGA (RM Juta)

SEBELUM RUNDINGAN SELEPAS RUNDINGAN PERBEZAAN

Fasa I 20.48 12.90 7.58

Fasa II 422.6 367.91 54.69

JUMLAH 443.08 380.81 62.27

d. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 antaranya menetapkan kontrak

perlu ditandatangani dalam tempoh 4 bulan selepas Surat Setuju Terima (SST)

dikeluarkan. Semakan Audit mendapati kontrak bagi projek Fasa II lewat

ditandatangani selama 6 bulan iaitu pada 18 Jun 2008 sedangkan SST telah

dikeluarkan pada 20 Ogos 2007.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Salah sebuah syarikat pemegang saham Kluang Medical Center Sdn. Bhd. adalah

Zelleco Infrastructure Sdn. Bhd. (ZISB) yang merupakan pemilik lesen PKK Kelas

A berstatus Bumiputra. Permohonan Kluang HC untuk mendaftar dengan PKK

telah ditolak kerana ZISB telah berdaftar dengan PKK dan ZISB telah memberi

kebenaran bagi KHC menggunakan lesen dalam pelaksanaan projek ini. Manakala

kelewatan menandatangani kontrak berlaku kerana dokumen kontrak yang

652 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!