10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

17.5.3.1. Tiada Perjanjian Di Antara Peserta Dan Kerajaan

a. Seramai 38 peserta bagi syarikat swasta di TKPM Lanchang, Temerloh, Pahang

tidak menandatangani perjanjian dengan Jabatan Pertanian Negeri Pahang (JPNP).

Perjanjian hanya ditandatangani di antara peserta dan pemilik tanah kawasan

berkenaan iaitu Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

21 Jun 2012

Peserta di TKPM ini telah menandatangani perjanjian dengan Bahagian

Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan tidak melibatkan JPNP. Bagaimanapun,

terdapat klausa yang merujuk kepada pematuhan semua syarat yang ditetapkan

oleh Jabatan Teknikal dan agensi di bawah Kementerian.

b. Seramai 34 peserta di TKPM Hulu Yam, Hulu Selangor, Selangor tidak

menandatangani perjanjian dengan Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS).

Perjanjian hanya ditandatangani di antara peserta dan Permodalan Negeri Selangor

Berhad (PNSB) selaku pemilik tanah kawasan TKPM tersebut.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

21 Jun 2012

Jabatan Pertanian berperanan sebagai jabatan yang menyelia dan memberi

khidmat nasihat teknikal pertanian kepada peserta serta menjalankan

pemantauan dan penilaian projek dari semasa ke semasa. Selain itu, Jabatan

Pertanian juga turut memberikan syor kepada PNSB mengenai pengambilan dan

penamatan peserta di TKPM ini.

17.5.3.2. Perjanjian Peserta Belum Ditandatangani

Perjanjian bagi 4 orang peserta di TKPM Serdang, Selangor dan Inderapura, Kuantan,

Pahang masih belum ditandatangani sehingga tarikh pengauditan dijalankan kerana

kadar sewa struktur pelindung hujan masih dalam proses penilaian oleh Jabatan

Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

21 Jun 2012

Perjanjian bagi peserta di TKPM Serdang, Selangor dan Inderapura, Kuantan,

Pahang masih belum ditandatangani kerana dokumen perjanjian masih dalam

semakan oleh Penasihat Undang-undang Kementerian.

17.5.3.3. Tiada Perjanjian Dengan Anchor Company

a. Dua syarikat telah ditawarkan menjadi Anchor Company di TKPM Gemas, Tampin,

Negeri Sembilan. Antara syarat-syarat menjadi Anchor Company ialah:

i. Perlu memainkan peranan aktif untuk menggerakkan pembangunan sesuatu

komoditi atau bidang usaha yang dikenal pasti terutamanya di dalam zon kluster

industri tanaman yang dipilih.

ii. Perlu bertindak sebagai payung pengusaha kecil di kawasan kluster atau

sekitarnya melalui sistem perladangan kontrak untuk membantu dalam

pengeluaran dan pemasaran hasil yang dikeluarkan supaya mereka

memperoleh pendapatan yang stabil.

228 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!