10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Wilayah Ekonomi Koridor. Semakan Audit mendapati projek yang telah dilaksanakan belum

memberi impak yang tinggi kepada peningkatan aktiviti pelancongan dan seterusnya

menjana pertumbuhan ekonomi. Contohnya, maklumat penambahan bilangan pelancong

bagi projek yang dilaksanakan tidak dapat disediakan oleh PBK yang terlibat. Semakan

Audit juga mendapati terdapat pelbagai kajian dilaksanakan di peringkat awal projek,

bagaimanapun tiada kajian dibuat selepas projek dilaksanakan iaitu bagi menentukan sejauh

mana kejayaan projek telah diperolehi (penilaian outcome). Kejayaan projek yang

dilaksanakan sepatutnya diukur bagi memastikan projek yang dilaksanakan adalah

bersesuaian dan memberi kesan positif kepada pelancong, masyarakat dan ekonomi

kawasan tersebut.

Maklum Balas Unit Kerjasama Awam Swasta Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Projek PBK kebanyakannya lebih bersifat ‘complementary’ memandangkan

agensi utama adalah Kementerian Pelancongan dan Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) dan projek pelancongan dilaksanakan dengan kerjasama dan persetujuan

pihak berkenaan. Projek berkenaan apabila siap akan diserahkan sepenuhnya

kepada PBT/agensi lain untuk operasi dan penyenggaraan.

Pada pendapat Audit, UKAS perlu memberikan penekanan kepada penilaian outcome

bagi memastikan sesuatu projek dapat memberi impak yang positif kepada

peningkatan aktiviti pelancongan dan seterusnya kepada ekonomi negara. Dengan

cara ini kejayaan projek dan prestasi PBK dapat diukur dengan lebih berkesan.

4.5.4. Pemantauan

Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) tidak digunakan oleh UKAS bagi tujuan pemantauan

projek kerana maklumat peruntukan dan perbelanjaan projek hanya dicatatkan bernilai

RM10 sebagai token kepada setiap projek. Semua projek pembangunan pelancongan

Wilayah Ekonomi Koridor diletakkan di bawah satu butiran iaitu Pembangunan Pelancongan

5 Wilayah Koridor (Butiran Unit Perancang Ekonomi). Bagi memudahkan pemantauan pihak

UKAS telah menyediakan laporan pemantauan projek secara manual. Pada setiap bulan,

laporan prestasi fizikal dan kewangan projek akan dikemukakan oleh PBK untuk semakan

dan pemantauan oleh UKAS. Perbandingan ke atas rekod prestasi fizikal dan kewangan

projek di UKAS dan maklumat yang dikemukakan oleh PBK mendapati wujud perbezaan di

antara maklumat peruntukan dan perbelanjaan. Bagaimanapun setelah pemerhatian Audit

dibangkitkan, maklumat peruntukan dan perbelanjaan UKAS dan PBK telah dikemas kini.

Maklum Balas Unit Kerjasama Awam Swasta Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Maklumat berkenaan pelaksanaan projek mengenai laporan prestasi fizikal dan

kewangan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bersama-sama dengan

semua PBK. Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan

dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan UKAS, diadakan secara

berkala bersama PBK.

Pada pendapat Audit, maklumat kewangan projek/program mestilah sentiasa

diselaraskan oleh kedua-dua pihak iaitu UKAS sebagai penyelaras projek/program dan

PBK sebagai pelaksana.

49 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!