10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

69.3. SKOP PENGAUDITAN

Pengauditan ini meliputi aspek kewangan, tadbir urus korporat dan aktiviti utama IWK bagi

tempoh tahun 2008 hingga 2011. Analisis prestasi kewangan dijalankan berdasarkan kepada

Penyata Kewangan tahun 2008, 2009 dan 2010 yang diaudit. Bagi menilai prestasi aktiviti IWK

pula, 3 aktiviti utama telah diaudit iaitu operasi dan penyenggaraan, kerja naik taraf aset

pembetungan dan hubungan pelanggan. Pengauditan ditumpukan kepada Ibu Pejabat IWK,

pejabat operasi IWK di Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan serta

Kementerian Kewangan.

69.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan terhadap dokumen, fail serta rekod berkaitan;

testimoni melalui temu bual; analisis terhadap data syarikat; dan pemeriksaan fizikal terhadap 63

loji olahan kumbahan, kerja naik taraf loji dan aset di Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan

Wilayah Persekutuan Labuan.

69.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati secara

keseluruhannya, IWK telah berjaya membangunkan sistem pembetungan negara ke satu tahap

yang lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa

kelemahan yang diperhatikan seperti berikut:

i. prestasi kewangan IWK adalah kurang memuaskan di mana syarikat tidak mampu

menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi Kerajaan untuk

menampung perbelanjaan operasinya yang semakin meningkat. Ini menyebabkan IWK

mengalami kerugian secara berterusan dan sehingga akhir tahun 2010, kerugian

terkumpul IWK berjumlah RM888.81 juta;

ii. dari segi pengurusan aktivitinya, masih terdapat kelemahan yang melibatkan operasi

dan penyenggaraan sistem pembetungan seperti kes kecurian di loji olahan kumbahan

yang melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta; air kumbahan tidak dirawat

mengikut standard yang ditetapkan; kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard

efluen yang melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion;

iii. dari segi pengurusan projek pula, berlaku kelemahan seperti projek tidak dirancang

dengan teliti dan Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang mana komponen

utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan; dan

iv. IWK menggunakan maklumat anggaran untuk mengeluarkan bil kepada pelanggan dan

terdapat beberapa kelemahan dalam kutipan hasil.

Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan dan aktiviti serta maklum balas IWK

adalah seperti di perenggan berikut:

69.5.1. Prestasi Kewangan

69.5.1.1. Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, prestasi kewangan IWK kurang

memuaskan di mana ia mengalami kerugian bersih bagi 3 tahun berturut-turut. Faktor

utama yang menyumbang kepada kerugian tersebut adalah kadar tarif pembetungan

yang rendah berbanding kos operasi yang semakin meningkat setiap tahun. Kadar tarif

pembetungan negara tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1994. Kerajaan pula pada

tahun 2004, telah menurunkan kadar tarif pembetungan komersial akibat rungutan

pelanggan. Untuk menampung defisit kos operasi IWK, Kerajaan telah menyalurkan

subsidi berjumlah RM1.32 bilion dari tahun 2001 hingga 2011. Dengan penguatkuasaan

AIPA 2006 pada tahun 2008, IWK tidak lagi bertanggungjawab terhadap perkhidmatan

1055

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!