10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

JADUAL 5.29

KELEWATAN BAYARAN SUBSIDI BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2011

NAMA SYARIKAT

TEMPOH KELEWATAN

(Hari)

Alam Flora Sdn. Bhd. 10 - 50

Keretapi Tanah Melayu Berhad 8 - 36

Pos Malaysia Berhad 9 - 88

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. 10 - 100

Metrology Corporation Sdn. Bhd. 8 - 52

b. Tunggakan Bayaran Subsidi 5%

Berdasarkan Laporan Statistik Subsidi 5% Sehingga 31 Disember 2011 yang

disediakan oleh Unit Laporan Dana, Seksyen Akaun, jumlah tunggakan subsidi

5% adalah RM9.84 juta seperti di jadual berikut:

JADUAL 5.30

TUNGGAKAN BAYARAN SUBSIDI PERATUS PADA 31 DISEMBER 2011

NAMA AGENSI/SYARIKAT

TEMPOH TUNGGAKAN

(Bulan)

JUMLAH

(RM Juta)

Keretapi Tanah Melayu Berhad 39 7.77

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 94 0.96

Environment Idaman Sdn. Bhd. 26 0.62

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. 16 0.31

Air Kelantan Sdn. Bhd. 30 0.10

41 Agensi/Syarikat lain 1 - 3 0.08

JUMLAH 9.84

Semakan Audit selanjutnya mendapati KTM Berhad dan Air Kelantan Sdn. Bhd.

telah mendapat kebenaran untuk membuat bayaran secara ansuran iaitu berjumlah

RM68,521 dan RM5,000 sebulan masing-masing. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn.

Bhd. pula telah memohon untuk membuat bayaran ansuran bagi tunggakannya.

Maklum Balas Bahagian Pinjaman Perumahan Yang Diterima Pada 30 Mei 2012

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. telah diberi kelulusan untuk membuat

bayaran secara ansuran mulai bulan April 2011. Manakala amaun tertunggak

sebanyak RM1.58 juta oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. dan Perbadanan Harta

Intelek Malaysia masih dalam proses rundingan. Bagi agensi/syarikat lain, pihak

BPP telah mengeluarkan surat peringatan bagi penyelesaian jumlah tertunggak

tersebut.

Pada pendapat Audit, tindakan yang lebih agresif perlu diambil terhadap

agensi/syarikat yang mempunyai tunggakan bayaran subsidi 5%.

5.5.9. Penyimpanan Dan Penyelenggaraan Dokumen Hak Milik/Penyerahan Hak

Dokumen hak milik dan penyerahan hak adalah dokumen yang dipegang oleh Kerajaan

sebagai pemegang amanah bagi menjaga kepentingan Kerajaan. Dokumen tersebut

hendaklah disimpan selamat dan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Lawatan

Audit ke lokasi penyimpanan dokumen mendapati ianya disimpan ditempat terbuka dan

laluan kakitangan, bilik geran tidak dipasang dengan jeriji besi (grill) dan bercermin seperti

ditunjukkan dalam gambar berikut:

71 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!