10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

28.5.2.2. Tadbir Urus Program

a. Permohonan dan Kelulusan Program

i. Semakan Audit mendapati Garis Panduan Permohonan tidak memperincikan

klausa mengenai kelulusan projek yang melebihi kuantum pembiayaan serta

kelulusan peruntukan tambahan bagi projek. Selain itu, sungguhpun klausa 7.3

ada menyatakan keperluan pemohon untuk menunjukkan bukti keupayaan

kewangan sendiri selain peruntukan diterima daripada MOSTI untuk

menampung projek, namun berdasarkan semakan Audit terhadap kelulusan

permohonan, tiada bukti menunjukkan ia diambil kira di dalam proses tersebut.

ii. Merujuk kepada Garis Panduan Permohonan, pemilihan projek oleh entiti adalah

berdasarkan kepada 36 teknologi yang disenaraikan. Sekiranya teknologi yang

dipohon tidak tergolong dalam senarai teknologi yang dicadangkan,

permohonan tersebut hendaklah melalui peringkat penilaian terlebih dahulu bagi

memastikan ia memenuhi kriteria program yang ditetapkan. Semakan Audit

mendapati sungguhpun Projek Pintar Learning tidak tergolong dalam teknologi

yang disenaraikan, namun tiada sebarang penilaian permohonan projek dibuat

oleh Kementerian. Semakan selanjutnya mendapati tarikh kelulusan bagi

3 projek adalah lebih awal berbanding tarikh permohonan diterima. Manakala

bagi satu projek di SK Karamunting, Batu Sapi, Sabah telah diluluskan pada

9 November 2010 tetapi tiada tarikh permohonan diterima. Butirannya adalah

seperti berikut:

JADUAL 28.7

PROJEK YANG DILULUSKAN AWAL SEBELUM PERMOHONAN DITERIMA

KAWASAN ENTITI

Gua Musang,

Kelantan

Batu Sapi, Sabah

Sibu, Sarawak

S.K Tengku Muhammad Fakhry Petra

S.K Gua Musang, S.K Lepan Jaya

S.K Seri Wangi 1, S.K Pos Brooke

SK Mawar, SK Pulau Sanghai

SJK(C) Tai Tong

SK Bawang Assan, SJKC Chung Hua

SK Abang Ali

TARIKH TERIMA

PERMOHONAN

TARIKH PROJEK

DILULUSKAN

01.12.2010 09.11.2010

01.12.2010 09.11.2010

06.05.2010 11.04.2010

Pada pendapat Audit, MOSTI haruslah memastikan setiap permohonan dan

kelulusan projek dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Maklum Balas Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Yang Diterima Pada

7 Jun 2012

Kelulusan 3 projek lebih awal dari tarikh permohonan diterima adalah disebabkan

keperluan mendesak yang tidak dapat dielakkan.

b. Perjanjian Projek

Semakan Audit terhadap perjanjian projek mendapati beberapa kelemahan seperti

berikut:

i. Mesyuarat Membincangkan Dokumen Perjanjian TAPMOSTI@COMMUNITY

pada 21 September 2009 memutuskan dokumen perjanjian perlu diterjemahkan

ke dalam Bahasa Melayu agar isi kandungan perjanjian dapat difahami oleh

semua peringkat masyarakat. Semakan Audit terhadap perjanjian kontrak bagi

projek di bawah Program TAPMOSTI@COMMUNITY mendapati semua

418 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!