10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

iii. Kontrak perlu ditandatangani sebelum perkhidmatan dijalankan bagi

memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara. Bagi perkhidmatan yang

melibatkan The Maintenance & Technical Support Services of Computers

(Hardware & Software) and Computer Networking Systems di JPJ pula, Heitech

Padu Berhad telah ditawarkan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut di JPJ

mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2011. Bagaimanapun, semakan Audit

pada 15 Mac 2012 mendapati tiada kontrak sambungan ditandatangani antara

JPJ dengan kontraktor berkenaan bagi menjalankan perkhidmatan tersebut.

Lawatan Audit ke Pejabat Teknologi Maklumat JPJ di Cyberjaya pada tarikh

yang sama selanjutnya mendapati perkhidmatan tersebut masih dijalankan oleh

Heitech Padu Berhad dan perkara ini turut disahkan oleh pihak JPJ. JPJ juga

memaklumkan kontrak sambungan yang sepatutnya bermula pada 1 Januari

2012 masih belum dimuktamadkan.

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 14 Jun 2012

Kontrak sambungan bagi tahun 2012 telah diluluskan oleh Kementerian

Kewangan secara rundingan terus pada 26 Januari 2012 untuk tempoh 8 bulan

iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Ogos 2012 dengan anggaran kos berjumlah

RM11.93 juta. JPJ telah mengeluarkan Surat Niat kepada Heitech Padu Berhad

pada 2 Mac 2012. Bagaimanapun, pembayaran tidak akan dibuat sehingga kontrak

ditandatangani antara kedua-dua pihak dan tuntutan bayaran Heitech Padu

Berhad dari bulan Januari hingga Mac 2012 hanya boleh dikemukakan setelah

kontrak ditandatangani. JPJ juga sedang dalam proses memuktamadkan

dokumen kontrak tersebut. Selain itu, pihak Audit turut dimaklumkan bahawa

tender terbuka akan dilaksanakan mulai bulan Ogos 2012.

Pada pendapat Audit, Kementerian/Jabatan/Agensinya perlu memastikan

kontrak ditandatangani dalam tempoh 4 bulan selepas SST dikeluarkan serta

memastikan ia lengkap ditandatangani sebagaimana ketetapan peraturan yang

berkuat kuasa.

b. Terma Kontrak

Kontrak KP/KTM/12/2011 antara Kementerian dengan CSR Zhuzhou Electric

Locomotive Co. Ltd. bernilai RM133.25 juta adalah untuk penyenggaraan,

pembaikan dan baik pulih 38 set koc bagi 6 buah kereta electric multiple units

(EMU). Kontrak tersebut yang telah ditandatangani pada 22 Disember 2011 adalah

meliputi kerja penyenggaraan EMU bagi tempoh 24 bulan bermula dari tarikh

perakuan pengambilan pertama unit EMU iaitu pada 15 Februari 2012. Menurut

kontrak, pembayaran perlu dibuat mengikut standard service payments (SSP).

Semakan Audit mendapati tiada perincian yang jelas mengenai penjenisan kerja

yang perlu dilakukan oleh kontraktor bagi melayakkan mereka membuat tuntutan

seperti di SSP tersebut. Selain itu, pihak Audit tidak dapat menentukan justifikasi

terhadap penetapan kadar bayaran yang hanya dibuat secara purata mengikut

sukuan. Ini kerana beban kerja penyenggaraan adalah tidak setara bagi sesuatu

tempoh dan dijangka meningkat dalam tempoh yang lebih panjang. Butiran SSP

sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak adalah seperti di jadual berikut:

354 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!