10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

b. Semakan Audit terhadap kawalan umum pengurusan kuarters jabatan mendapati

perkara berikut:

i. Di peringkat Ibu Pejabat JKDM, Cawangan Logistik, Bahagian Khidmat

Pengurusan dan Sumber Manusia yang diketuai oleh Penolong Kanan

Pengarah Kastam (Gred W48) bertanggungjawab terhadap pengurusan aset

jabatan. Bagaimanapun, Cawangan ini hanya mula dipertanggungjawabkan

untuk memantau dan menyelia kuarters jabatan di seluruh negara mulai bulan

Mac 2011.

ii. Di 5 negeri yang dilawati, JKDM telah melantik antara satu hingga 5 pegawai

sebagai Pegawai Perumahan. Bilangan Pegawai Perumahan yang dilantik

mengikut negeri adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 11.8

PEGAWAI PERUMAHAN MENGIKUT NEGERI SETAKAT BULAN DISEMBER 2011

Kedah

Kelantan

NEGERI

PEGAWAI PERUMAHAN

GRED BIL. PEGAWAI

W26 1

W22 3

W41 1

W22 4

JUMLAH PEGAWAI

Pulau Pinang W22 1 1

Sabah W26 1 1

Selangor N22 1 1

JUMLAH 12

Pada pendapat Audit, kawalan umum terhadap pengurusan kuarters jabatan oleh

JKDM adalah memuaskan.

11.5.2.2. Penyelenggaraan Rekod Dan Dokumen

a. Penyelenggaraan rekod dan dokumen yang lengkap dan kemas kini adalah penting

bagi memudahkan urusan pemantauan dan penyediaan laporan. Antara rekod dan

dokumen yang perlu diselenggarakan adalah Daftar Induk Kuarters Jabatan

Peringkat Negeri, Daftar Permohonan, Sijil Keluar/Masuk Kuarters dan Daftar

Penghuni.

b. Semakan Audit mendapati rekod dan dokumen berkenaan telah diselenggarakan

dengan lengkap dan kemas kini di negeri Pulau Pinang, Sabah dan Selangor

manakala pihak Audit menghadapi masalah memperolehi rekod perumahan untuk

semakan di negeri Kedah dan Kelantan. Ini disebabkan rekod dan dokumen

perumahan disimpan oleh Pegawai Perumahan mengikut lokasi kuarters jabatan

masing-masing serta tiada daftar induk diselenggarakan untuk negeri berkenaan.

Pada pendapat Audit, penyelenggaraan rekod dan dokumen di peringkat negeri

secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan kerana 2 daripada 5 negeri

yang dilawati tidak dapat mengemukakan rekod dan dokumen yang lengkap dan

kemas kini untuk semakan Audit.

11.5.2.3. Kebersihan Kuarters Jabatan

a. Perintah Am Bab E telah menetapkan tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang

menduduki kuarters jabatan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan kuarters

jabatan. Sehubungan itu, seorang pegawai yang akan berpindah dari kuarters

148 RAHSIA

4

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!