10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN PELANCONGAN

30. PENGURUSAN PROGRAM PENYEDIAAN/PENINGKATAN KEMUDAHAN

PELANCONGAN

30.1. LATAR BELAKANG

30.1.1. Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk

menyediakan dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta

membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan. Skop program ini meliputi

landskap taman rekreasi serta kemudahan di pantai, sungai dan hutan lipur. Kementerian

Pelancongan (Kementerian) telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta bagi keseluruhan

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) iaitu bermula tahun 2006 hingga 2010 dan juga

melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bermula tahun 2008 hingga 2010. Jumlah

peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di

mana ia meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan

sejumlah RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011

sejumlah RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan.

30.1.2. Permohonan projek di bawah program ini dibuat oleh agensi pelaksana yang terdiri

daripada Jabatan Persekutuan, Agensi Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk

kelulusan Kementerian. Bahagian Prasarana Kementerian telah dipertanggungjawabkan

untuk merancang, melaksana dan memantau prestasi fizikal dan kewangan bagi ke semua

projek serta memberi nasihat teknikal terhadap pelaksanaan projek. Di peringkat negeri,

sebelum tahun 2009 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) membantu memantau

prestasi fizikal dan kewangan projek di negeri masing-masing. Bagaimanapun, mulai tahun

2009 Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri (PKPN) telah ditubuhkan bagi mengganti

tugas dan tanggungjawab MTPN yang telah dibubarkan.

30.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada program penyediaan/peningkatan

kemudahan pelancongan telah diurus dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai

objektif yang ditetapkan.

30.3. SKOP PENGAUDITAN

Pengauditan ini memberi tumpuan kepada pengurusan program yang meliputi aspek

perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap projek penyediaan/peningkatan

kemudahan pelancongan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Pengauditan telah dijalankan di

Kementerian Pelancongan serta 12 agensi pelaksana di 4 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak

dan Sarawak bagi 32 projek yang dipilih sebagai sampel seperti di jadual berikut:

JADUAL 30.1

SENARAI PROJEK YANG DIPILIH UNTUK DIAUDIT

BIL. NAMA PROJEK RMKe-9/PRE PERUNTUKAN

(RM Juta)

Kedah

1.

2.

Peningkatan Kemudahan Pelancongan Sungai Kedah/Sungai Anak

Bukit

Peningkatan Kemudahan Pelancongan Di Taman Seni Budaya

Medan Alor Setar

RMKe-9

PERBELANJAAN

(RM Juta)

9.11 8.94

4.83 4.57

446 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!