10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

9.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi kes individu berpendapatan perniagaan yang pernah dijalankan

audit luar bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Pengauditan telah dijalankan terhadap 1,873 fail

individu (24.1%) daripada 7,763 individu berpendapatan perniagaan yang selesai diperiksa oleh

Pegawai Audit Luar di 17 Cawangan LHDNM iaitu di Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota

Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur Bandar, Kuala Terengganu, Kuching, Labuan, Melaka,

Pulau Pinang, Seremban, Shah Alam, Taiping, Teluk Intan dan Temerloh.

9.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Semakan Audit telah dibuat terhadap rekod dan dokumen berkaitan taksiran dan pungutan.

Selain itu, perbincangan dan temu bual dengan pegawai LHDNM yang berkenaan juga telah

diadakan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

9.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2011 hingga Januari 2012 mendapati

pencapaian KPI Cawangan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 Cawangan

telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan. Pencapaian KPI Pegawai Audit Luar

pula masih perlu dipertingkatkan memandangkan satu Cawangan sahaja yang dapat mencapai

KPI fail untuk kesemua Pegawai Audit Luar bagi tahun 2010 dan 2011. Manakala 5 Cawangan

lain hanya dapat mencapai sasaran KPI fail untuk kesemua Pegawai Audit Luar bagi tahun 2010

atau 2011. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti audit cukai seperti

berikut:

i. daripada 17,085 individu yang dijalankan audit luar, sebanyak 1,244 individu (7.3%)

telah ditutup tanpa penemuan audit kerana tiada bukti berlakunya pengelakan cukai

sungguhpun ia dianggap berisiko semasa di peringkat pemilihan kes;

ii. daripada 1,873 fail individu yang disemak di 17 Cawangan LHDNM, sebanyak 1,073 fail

individu (57.3%) melibatkan cukai tambahan dan penalti berjumlah RM33.24 juta lewat

diselesaikan antara 6 hingga 941 hari;

iii. taksiran tambahan audit luar dan taksiran anggaran berjumlah RM1.21 juta tidak

dikeluarkan kepada 36 pembayar cukai; dan

iv. kenaikan cukai tidak dikenakan terhadap tunggakan cukai dan kegagalan mematuhi

skim bayaran cukai secara ansuran yang mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan.

Faktor utama yang menyebabkan keadaan sedemikian adalah kelemahan LHDNM dalam

perancangan dan pelaksanaan penguatkuasaan perundangan dan peraturan. Penjelasan lanjut

mengenai perkara yang ditemui serta maklum balas LHDNM adalah seperti di perenggan

berikut:

9.5.1. Prestasi Aktiviti Audit Luar

9.5.1.1. Prestasi Keseluruhan Kutipan Cukai Tambahan Dan Penalti

Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, LHDNM melalui 35 cawangannya di seluruh

Malaysia telah menyelesaikan pemeriksaan audit luar terhadap 17,085 individu

berpendapatan perniagaan yang melibatkan cukai tambahan dan penalti berjumlah

RM431.71 juta. Butirannya adalah seperti di Jadual 9.1. Semakan Audit selanjutnya

mendapati bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,244 individu (7.3%) daripada 17,085

individu yang dijalankan audit luar di seluruh Malaysia telah diselesaikan tanpa

penemuan audit. Antara faktor yang menyebabkan kes ditutup tanpa penemuan Audit

ialah pemilihan kes untuk audit luar berdasarkan kod perniagaan yang tidak tepat diisi

oleh pembayar cukai dan tiada bukti berlakunya pengelakan cukai. Butiran lanjut adalah

seperti di Jadual 9.2.

101 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!