10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, JKLN perlu memastikan setiap kem PLKN

mengoptimumkan penggunaan bas bagi memperoleh value for money

terhadap perbelanjaan penyewaan bas.

b. Denda Rendah Mutu

Mengikut kontrak, denda rendah mutu sebanyak 5% daripada nilai sewa setiap bas

boleh dikenakan kepada syarikat sekiranya perkhidmatan tidak mengikut skop atau

spesifikasi yang ditetapkan. Jika syarikat gagal menyediakan perkhidmatan

berkenaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut.

Semakan Audit mendapati sehingga akhir bulan Disember 2011, JLKN telah

merekodkan denda rendah mutu berjumlah RM2.27 juta dan hanya sejumlah

RM70,608 (3.1%) telah dituntut melalui potongan daripada tuntutan bulanan.

Bagaimanapun, Syarikat GPB telah menyatakan tidak bersetuju dengan denda

rendah mutu yang dikenakan dan menuntut semula jumlah denda yang telah

dipotong.

Maklum Balas Jabatan Latihan Khidmat Negara Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Denda Pecah Kontrak JLKN Bil. 2/2011 pada 7 Oktober

2011 memutuskan supaya satu kajian penambahbaikan skop perkhidmatan dan

spesifikasi teknikal kontrak dilaksanakan agar memberi penekanan kepada aspek

failure of service dan tindakan denda dapat dikenakan ke atas kegagalan

perkhidmatan dan bukanlah ketidakpatuhan teknikal semata-mata.

Pada pendapat Audit, JLKN perlu tegas dalam menuntut denda rendah mutu

sekiranya perkhidmatan tidak mengikut skop atau spesifikasi yang ditetapkan

bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang dilaksanakan dan menjaga

kepentingan Kerajaan.

49.5.3. Pengurusan Pembayaran Sajian

JLKN hendaklah memastikan segala pembayaran dibuat mematuhi peraturan sedia ada dan

syarat kontrak. Bagi tuntutan bayaran sajian, operator kem akan menuntut bayaran

penyediaan makanan mengikut bilangan pelatih/jurulatih dan kakitangan pengurusan untuk

tarikh dan kadar yang ditetapkan dalam kontrak. JLKN telah membelanjakan sejumlah

RM37.13 juta bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 bagi perkhidmatan sajian. Semakan

Audit terhadap pengurusan pembayaran sajian mendapati perkara seperti berikut:

49.5.3.1. Pengiraan Tuntutan Sajian Oleh Pihak Kem

Klausa 8.6 kepada kontrak perkhidmatan sajian menyatakan pihak kem perlu

menyediakan makanan secukupnya untuk peserta tetap (Pegawai Angkatan

Tentera/kakitangan awam atau mana-mana orang yang diluluskan oleh JLKN) dan akan

dibayar berdasarkan tempoh dan jumlah sebenar peserta tetap. Bagaimanapun, tiada

arahan terperinci yang menjelaskan sama ada tuntutan perlu ditolak apabila kakitangan

awam pentadbiran bercuti/hari kelepasan am/tidak berada di dalam kem.

Lawatan Audit ke Kem PLKN Paya Indah selanjutnya mendapati penyediaan Penyata

Tuntutan Sajian tidak mengambil kira staf pengurusan yang balik selepas waktu pejabat,

pada hari kelepasan am dan bercuti sungguhpun ia telah disemak dan disahkan oleh

pihak pengurusan kem serta dipersetujui oleh operator kem. Bagaimanapun, bagi 5 kem

PLKN yang lain, Penyata Tuntutan Sajian telah disediakan dengan tidak mengambil kira

787 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!