10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

66. PENGURUSAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS SDN.

BHD. (RAPIDKL)

66.1. LATAR BELAKANG

66.1.1. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) yang ditubuhkan

pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar berjumlah RM300 juta adalah syarikat milik

Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Pada 30 Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara

Berhad (SPNB) telah mengambil alih RapidKL daripada MKD dengan pegangan ekuiti

100%. RapidKL adalah pengendali (operator) sistem tren transit aliran Ampang dan Kelana

Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian Lembah Klang. Setakat

akhir tahun 2011, RapidKL mempunyai 1,561 bas untuk menggalakkan dan menyokong

industri city bus dan pengangkutan bersepadu di Lembah Klang melibatkan 179 laluan.

Setiap hari tren transit aliran Ampang dan Kelana Jaya memberi perkhidmatan kepada

purata 350,000 penumpang, manakala bas memberi perkhidmatan kepada purata 280,000

penumpang. Jaringan laluan perkhidmatan tren dan bas adalah seperti di carta berikut:

CARTA 66.1

JARINGAN LALUAN PERKHIDMATAN TREN DAN BAS

66.1.2. RapidKL mempunyai 7 orang ahli Lembaga Pengarah. Pengurusan Syarikat pula

diketuai oleh Pengarah Pengurusan dan dibantu oleh seramai 4,868 pegawai eksekutif dan

bukan eksekutif.

995

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!