10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

9. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

- PENGURUSAN AKTIVITI AUDIT CUKAI BAGI INDIVIDU BERPENDAPATAN

PERNIAGAAN

9.1. LATAR BELAKANG

9.1.1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melaksanakan Sistem Taksir

Sendiri (STS) bagi individu berpendapatan perniagaan mulai tahun 2004. Pelaksanaan

sistem ini bertujuan menggalakkan pembayar cukai melaporkan dan membayar cukai

pendapatan yang sewajarnya secara sukarela. Bagi mengesahkan ketepatan cukai

pendapatan yang dilaporkan oleh individu berpendapatan perniagaan melalui STS, LHDNM

menjalankan aktiviti audit cukai untuk mengesan tahap pematuhan pembayar cukai terhadap

undang-undang percukaian dan mewujudkan pematuhan sukarela oleh pembayar cukai di

masa akan datang. LHDNM menjalankan pengauditan cukai melalui 2 kaedah berikut:

9.1.1.1. Audit Luar - pengauditan cukai dijalankan di premis perniagaan pemilik

tunggal atau perkongsian selepas pembayar cukai dimaklumkan terlebih dahulu. Audit

luar bertujuan menentukan sama ada Borang Nyata Individu Berpendapatan Perniagaan

(Borang B) yang dikemukakan oleh pembayar cukai adalah sahih dan tepat serta

disokong dengan dokumen sumber dan buku rekod yang disimpan oleh individu

berpendapatan perniagaan. Ia melibatkan pemeriksaan dan pengesahan maklumat

berisiko kepada pengiraan cukai.

9.1.1.2. Audit Meja - pengauditan cukai dijalankan di pejabat LHDNM dengan tujuan

menentukan ketepatan Borang B. Audit meja melibatkan isu pelarasan cukai yang

mudah dan dikendalikan melalui surat-menyurat. Bagaimanapun, pembayar cukai boleh

dipanggil ke pejabat LHDNM untuk ditemu duga bagi tujuan mendapatkan dokumen

sokongan dan maklumat lanjut.

9.1.2. Pemilihan kes audit luar dijalankan oleh Jabatan Pematuhan Cukai (JPC) LHDNM di

Ibu Pejabat melalui Tax Audit and Compliance Systems (TACS) berasaskan analisis

terhadap kes-kes yang berisiko. Manakala pemilihan kes audit meja dibuat oleh JPC

LHDNM di Ibu Pejabat melalui sistem pemilihan kes Event Triggered. Bagaimanapun,

Pengarah Cawangan LHDNM dibenarkan memilih kes tambahan audit luar dan audit meja di

mana bagi kes tambahan audit luar, perlu dikemukakan kepada JPC LHDNM di Ibu Pejabat

untuk kelulusan sebelum audit luar dimulakan.

9.1.3. Pada umumnya, audit luar lebih berkesan berbanding audit meja bagi mengesan kes

pengelakan cukai dan seterusnya dapat meningkatkan pematuhan cukai kerana audit luar

dapat menjejaki dokumen sumber dan buku rekod untuk pengesahan terhadap ketepatan

pengiraan cukai yang dikemukakan oleh pembayar cukai.

9.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan aktiviti audit cukai bagi individu

berpendapatan perniagaan telah dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mengikut undangundang

serta peraturan yang ditetapkan.

100 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!