10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

pemeriksaan Audit, sistem pemantauan ini tidak dapat berfungsi kerana semua

projek Schoolnet di sekolah yang berkenaan tidak berfungsi kecuali di SK Ladang

Mutiara, Kluang yang mana pihak syarikat berjaya membuat demonstrasi sistem

berkenaan kepada pihak Audit.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Projek Schoolnet di sekolah yang tidak berfungsi telah menyebabkan sistem

pemantauan J-Scada bagi projek di Sabah dan Leonics bagi projek di

Semenanjung Malaysia tidak dapat berfungsi. Kementerian mengambil maklum

perkara ini dan kini di dalam proses menggantikan projek Schoolnet kepada

Bestarinet dan sekiranya ianya telah selesai sistem pemantauan ini akan

berfungsi seperti yang dirancang.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap kerja Projek SSH di sekolah hendaklah

sentiasa dilakukan secara berterusan. Kementerian hendaklah membuat kajian dan

penilaian semula ke atas bebanan kerja yang ditanggung dan peruntukan tahunan

Bahagian Pembangunan supaya selaras dengan tanggungjawab semasa. Bagi sistem

pemantauan berkomputer yang belum dapat berfungsi, Kementerian hendaklah

berbincang dengan pihak yang terlibat supaya penyelarasan dapat diatur dan sistem

pemantauan yang telah dipasang ini dapat beroperasi dengan sempurna dan

mencapai matlamatnya.

33.6. SYOR AUDIT

Bagi memastikan segala kelemahan yang berbangkit diperbaiki dan sistem solar hibrid dapat

digunakan dengan cekap dan berkesan serta Kerajaan mendapat value for money terhadap

projek ini, adalah disyorkan supaya Kementerian mempertimbangkan perkara berikut:

33.6.1. Merancang Projek SSH yang akan datang secara komprehensif dengan mengambil

kira koordinasi antara kementerian/agensi, faktor cuaca dan kesukaran perhubungan supaya

tempoh penyiapan projek mengikut jadual yang ditetapkan dan mengelakkan pertindihan

projek. Selain itu, perancangan yang dibuat juga perlu mengambil kira keperluan tenaga

tambahan untuk masa depan dan pengagihan bekalan kuasa elektrik secara menyeluruh

bagi memastikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas.

33.6.2. Mengkaji semula Projek SSH yang tidak digunakan lagi kerana telah mendapat

bekalan elektrik atau bertindan dengan sistem talian grid supaya memindahkan peralatan ke

sekolah lain yang memerlukan, diguna sebagai alat gantian ataupun dilupuskan.

33.6.3. Mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat bagi menentukan keperluan

sebenar komponen bangunan sebelum sesuatu projek dimulakan. Pihak sekolah juga

hendaklah menggunakan kemudahan bangunan yang dibina dengan sepenuhnya supaya

pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih kondusif serta mengelakkan

pembaziran.

33.6.4. Memastikan semua kerja pembinaan dan kecacatan yang berlaku diperbaiki dengan

sempurna oleh kontraktor dalam tempoh tanggungan kecacatan bagi mengelakkan Kerajaan

terus mengalami kerugian kerana perlu menanggung kos pembaikan berkaitan.

524 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!