10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

47. PENGURUSAN SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA

47.1. LATAR BELAKANG

47.1.1. Teras ke-2 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) adalah “Meningkatkan

Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama”. Dalam

tempoh RMKe-9, usaha dipergiatkan untuk membangunkan modal insan demi memacu

transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Untuk mencapai matlamat

ini, Kerajaan menyasarkan 60 peratus daripada jumlah anggota akademik Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) berkelayakan Doktor Falsafah (PhD) atau setarafnya (Sarjana

Perubatan) menjelang tahun 2010.

47.1.2. Setakat 30 April 2006, terdapat 18,810 anggota akademik IPTA dan hanya 6,239

(33.2%) daripada mereka adalah berkelayakan PhD atau Sarjana Perubatan. Selaras

dengan matlamat untuk terus meningkatkan kualiti anggota akademik IPTA, Kerajaan telah

meluluskan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dengan peruntukan berjumlah

RM1.006 bilion di bawah RMKe-9.

47.1.3. Bagi memastikan matlamat RMKe-9 tercapai, Kementerian Pengajian Tinggi

(Kementerian) yang bertanggungjawab menguruskan SLAI merancang untuk menaja

seramai 6,103 anggota akademik IPTA untuk tempoh tahun 2006 hingga 2008.

47.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan Skim Latihan Akademik IPTA

telah dilaksanakan dengan cekap dan teratur serta memenuhi keperluannya bagi mencapai

objektif yang ditetapkan.

47.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini merangkumi pengurusan SLAI bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011 dan

semakan telah dilakukan di Bahagian Biasiswa dan Bahagian Cuti Belajar IPTA, Kementerian

serta 10 IPTA. IPTA yang terpilih ialah Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA); Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM); Universiti Malaya (UM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

47.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan terhadap rekod dan dokumen berhubung dengan

SLAI dan sebanyak 500 (11%) daripada keseluruhan anggota akademik IPTA yang ditaja

seramai 4,885 orang telah dipilih sebagai sampel Audit. Selain itu, temu bual dan perbincangan

dengan pegawai yang terlibat juga telah dilakukan. Bagi menilai keberkesanan program ini,

pihak Audit telah membuat analisis terhadap borang soal selidik yang diedarkan kepada

penerima tajaan.

748 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!