10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Kenaikan cukai di bawah subseksyen 107B(3) ACP 1967 belum dikenakan secara

manual kerana fail tidak terpilih untuk semakan Unit Pungutan LHDNM. Keadaan

ini menyebabkan Akaun Belum Terima LHDNM terkurang nyata di Penyata

Kewangan Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana kegagalan bayaran

(lewat/kurang/tidak bayar) skim ansuran cukai CP500 telah layak untuk kenaikan

cukai subseksyen 107B(3) ACP 1967 tetapi kenaikan cukai belum dikira secara

manual untuk mendebit lejar pembayar cukai. Selepas teguran Audit, kenaikan

cukai di bawah subseksyen 107B(3) ACP 1967 telah dikenakan terhadap 206

individu melibatkan 597 kes. Manakala tindakan akan diambil oleh Cawangan

Temerloh dan Kuala Lumpur Bandar terhadap 57 individu lain melibatkan 99 kes.

Pada pendapat Audit, LHDNM perlu memastikan Revenue Management System

(ReMS) dan Sistem Taksir Sendiri (STS) Selain Syarikat yang dibangunkan

berupaya mengenakan kenaikan cukai secara automatik di bawah subseksyen

107B (3) ACP 1967 terhadap pembayar cukai yang gagal mematuhi skim

bayaran ansuran cukai bagi Notis CP500. Selain itu, seksyen 107B ACP 1967

wajar dikaji semula dengan mempertanggungjawabkan pembayar cukai

mengemukakan anggaran cukai CP500 sebagaimana yang diamalkan oleh

syarikat dalam mengemukakan anggaran cukai CP204. Pada masa kini,

anggaran cukai CP500 dikeluarkan oleh LHDNM di bawah subseksyen 107B(2)

ACP 1967 berasaskan jumlah cukai kena dibayar bagi tahun taksiran 2 tahun

terdahulu. Ini adalah kerana terdapat kelemahan di mana jika anggaran cukai

CP500 oleh LHDNM jauh lebih rendah, pembayar cukai tidak diwajibkan

mengemukakan pindaan anggaran cukai dan terlepas daripada membayar

cukai tambahan secara dwi-bulanan. Kenaikan cukai juga tidak dapat

dikenakan di bawah subseksyen 107B(4) ACP 1967 jika cukai sebenar jauh

lebih tinggi daripada anggaran cukai CP500 yang dikeluarkan oleh LHDNM.

Tambahan pula, konsep bayaran cukai di bawah STS adalah Pay As You Earn

dan STS bagi individu berpendapatan perniagaan telah memasuki tahun ke-9.

Oleh itu, mereka lebih mengetahui jumlah anggaran cukai yang patut dibayar

hasil daripada keuntungan perniagaan sesuatu tahun taksiran.

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Sistem kenaikan cukai secara automatik sedang dalam pembangunan di mana

spesifikasi keperluan pengguna telah disediakan pada 23 Mac 2012. Selain itu,

cadangan supaya pembayar cukai Selain Syarikat, Koperasi dan Badan Amanah

juga diwajibkan membuat anggaran cukai sendiri akan dikaji pelaksanaannya.

c. Integriti Data - Perbezaan Maklumat Bayaran Ansuran Notis CP500 Antara

Lejar Dengan Jadual Pematuhan Kepada Senarai Anggaran Cukai

Lejar di Sistem Taksir Sendiri (STS) Selain Syarikat menunjukkan tarikh dan amaun

sebenar bayaran Notis CP500 yang diterima daripada individu berpendapatan

perniagaan. Manakala Jadual Pematuhan Kepada Senarai Anggaran Cukai Notis

CP500 di STS Selain Syarikat bertujuan mengukur tahap pematuhan bayaran cukai

sebelum tindakan kenaikan cukai dikenakan di bawah subseksyen 107B(3) ACP

1967. Semakan Audit di 17 Cawangan LHDNM mendapati 825 individu melibatkan

1,816 kes mempunyai butiran perbezaan maklumat bayaran ansuran Notis CP500

119 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!