10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

berbukit/berbatu-batan dan rizab jalan yang tidak dapat ditanam dengan pokok

getah. Antara kawasan yang tidak dapat dibangunkan adalah seperti di gambar

berikut:

GAMBAR 18.14

Ladang Sejahtera (Getah),

Projek Agropolitan Sik

- Kawasan Lurah Yang Tidak Dapat

Dibangunkan Sebagai Ladang Getah

(18.01.2012)

iii. Pada bulan Januari 2012, KEDA telah mengemukakan kertas cadangan kepada

KKLW untuk melantik anak syarikatnya iaitu KEDA AgroBiz Sdn. Bhd. untuk

mengurus projek ini. Melalui kertas cadangan tersebut, sebanyak 20 peratus

pendapatan bersih daripada pengeluaran getah yang dijangka dituai pada tahun

2016 akan disalurkan sebagai dividen kepada seramai 50 peserta projek.

Bagaimanapun setakat bulan Mei 2012, cadangan tersebut masih dinilai dan

diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Dasar KKLW.

iv. Pihak Audit juga mendapati bilangan dan senarai nama peserta Projek

Agropolitan yang akan mendapat manfaat peluang pekerjaan dan dividen

daripada Ladang Sejahtera (Getah) tersebut masih belum dimuktamadkan

setakat tarikh pengauditan dijalankan.

Pada pendapat Audit, pemilihan peserta Projek Agropolitan perlu

dipercepatkan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

e. Projek Tanaman Padi Dan Ternakan Ikan Organik, Projek Agropolitan Sik,

Kedah

KKLW telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.75 juta kepada KEDA bagi

tujuan pembangunan kawasan/sawah terbiar dan di antara projek yang dilaksanakan

ialah Projek Tanaman Padi dan Ternakan Ikan Organik di kawasan sawah terbiar

seluas 12.9 hektar di Kampung Lintang, Belantik, Sik. Projek ini telah dimulakan

pada bulan April 2010 dengan sasaran seramai 20 peserta di mana penanaman padi

akan dilaksanakan secara organik dengan kaedah System of Rice Intensification

(SRI) dan pembinaan 20 buah kolam ternakan ikan. Selain itu, peserta projek juga

akan mendapat latihan mengenai kaedah tanaman padi SRI dan ternakan ikan

secara organik yang dijalankan. Semakan Audit terhadap prestasi projek ini

mendapati perkara berikut:

i. KEDA telah melantik Koperasi Agro Belantik Sik Bhd. untuk menguruskan

kawasan tanaman padi dan ternakan ikan organik termasuk urusan

pemajakan/sewa tanah, menyediakan tenaga kerja bermula daripada proses

penanaman/ternakan sehingga hasil dipasarkan.

ii. Setakat bulan Januari 2012, sejumlah RM0.48 juta telah dibelanjakan oleh

KEDA dan di antaranya adalah kos berjumlah RM54,706 bagi pelaksanaan

latihan kaedah pertanian SRI di Indonesia pada bulan Januari 2011 yang

disertai seramai 24 peserta. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat

menentukan kaedah dan justifikasi pemilihan peserta yang menyertai latihan

245 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!