10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 6 Jun 2012

PKK telah mengemukakan memo pindaan bertarikh 5 April 2012 kepada

Penasihat Undang-undang Kementerian Kerja Raya bagi meminda Perintah Fee

(Pendaftaran Kontraktor) 1984.

24.5.2.2. Ketidaktepatan Sistem Info Kontraktor, Sistem Maklumat Kontraktor Dan

Pangkalan Data PKK

a. Sistem Info Kontraktor

Info Kontraktor adalah satu sistem rekod PKK yang membolehkan agensi Kerajaan

menyemak maklumat kontraktor. Semakan Audit mendapati maklumat yang

ditunjukkan dalam Info Kontraktor adalah berbeza dengan butiran yang dicatat

dalam Daftar Rayuan Syarikat bagi permohonan baru awam/elektrik PKK.

Perbezaan maklumat tersebut adalah seperti berikut:

i. Permohonan pembaharuan kontraktor telah diluluskan dalam Daftar Rayuan

Syarikat, namun status kontraktor dalam Info Kontraktor dicetak “Batal: Tidak

mohon pembaharuan (Autobatal)”.

ii. Tiada status “dibatalkan” dalam Info Kontraktor sedangkan tempoh sah laku

pendaftaran sudah luput.

iii. Tempoh taraf Bumiputera dalam Info Kontraktor diberi 6 tahun sedangkan

tempoh maksimum taraf Bumiputera adalah 3 tahun sahaja.

b. Masalah Sistem Maklumat Kontraktor

Mengikut Panduan Am Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam, tempoh sah laku

pendaftaran adalah selama 2 tahun sahaja kecuali bagi kontraktor Kelas F iaitu

selama 3 tahun. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap Sistem Maklumat

Kontraktor (SMK) mendapati 243 kontraktor Kelas A hingga E mempunyai tempoh

sah laku pendaftaran melebihi 2 tahun. Ini menunjukkan laporan yang dihasilkan

oleh SMK kurang tepat.

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 6 Jun 2012

PKK mengakui ketidaktepatan maklumat kontraktor ada berlaku. Keadaan ini

terjadi kerana peralihan sistem daripada Kementerian Pembangunan Usahawan

Dan Koperasi kepada Kementerian Kerja Raya yang tidak sempurna. Sehubungan

itu, pembetulan terhadap modul-modul di dalam sistem telah dibuat.

Pada pendapat Audit, ketepatan maklumat kontraktor adalah penting supaya

agensi Kerajaan yang menggunakan perkhidmatan ini dapat membuat keputusan

yang tepat terutama berkaitan kontraktor yang akan mengambil bahagian dalam

perolehan Kerajaan.

24.5.2.3. Modal Kontraktor Tidak Dikemaskinikan Dalam Sistem Maklumat

Kontraktor

Pegawai proses PKK perlu mengemas kini maklumat modal kontraktor yang terkini bagi

setiap pembaharuan permohonan dalam Sistem Maklumat Kontraktor (SMK).

Berdasarkan temu bual dan semakan fail, pihak Audit mendapati terdapat modal

kontraktor yang baru tidak dikemas kini di Ibu Pejabat PKK dan juga cawangan PKK

Sabah.

345 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!