10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, kawalan dokumen profil syarikat di BPPA dan JPN adalah

kurang memuaskan dan boleh menimbulkan risiko kepada penyalahgunaan dan

kehilangan dokumen tersebut. Kementerian perlu meningkatkan aspek kawalan dan

keselamatan dokumen tender dan profil syarikat supaya ianya selamat, terkawal dan

mudah dikesan.

36.5.2. Integriti Proses Merekodkan Maklumat Petender Dan Penyimpanan Dokumen

36.5.2.1. Petender yang memasuki tender disyaratkan mengemukakan dokumen

kepada Kementerian, antaranya seperti penyata bank syarikat bagi 3 bulan terakhir,

jadual harga mengikut sajian, senarai bahan kering yang digunakan bersama jenama,

skim perkhidmatan pekerja, salinan sijil perakuan pendaftaran kontraktor dan undangundang

tubuh syarikat. Ia bagi membuktikan syarikat mempunyai keupayaan kewangan,

berpengalaman, berdaftar dan mendapat kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

Selanjutnya, setelah tender dibuka di pusat yang telah ditetapkan oleh JPN, urus setia

yang terdiri daripada pegawai BPPA; wakil sekolah yang dilantik serta pegawai JPN

akan memproses kemasukan data petender ke komputer. Antara maklumat yang

dimasukkan dalam format yang disediakan oleh BPPA di peringkat ini adalah nama

sekolah, daerah, bilangan pelajar, kod petender, alamat berdaftar dan pengalaman.

Selepas diproses di peringkat ini, softcopy maklumat dibawa balik ke BPPA untuk

dianalisis dan dilengkapkan dengan maklumat seterusnya seperti purata harga tawaran;

kontraktor semasa yang sedang melaksanakan perkhidmatan; prestasi dan kedudukan

kewangan; anggaran harga jabatan, markah Jawatankuasa Penilaian Kewangan;

markah Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan jumlah markah. Semakan Audit

mendapati perkara seperti berikut:

a. Integriti proses kemasukan dan penyimpanan data serta penyediaan Laporan Kertas

Makluman Lembaga Perolehan bagi perkhidmatan BMB adalah diragui. Ini kerana

komputer riba/komputer yang menyimpan data tender boleh diakses oleh semua

pegawai yang terlibat di peringkat BPPA di mana kawalan melalui penggunaan kata

laluan tidak diwujudkan. Keadaan ini menyebabkan maklumat tender boleh diubah

oleh pegawai yang tidak berkenaan tanpa kebenaran.

b. Syarikat yang menyertai tender/sebut harga bagi BMB dikehendaki antara lain

mengemukakan penyata bank bagi 3 bulan terakhir dan profil syarikat. Maklumat ini

digunakan oleh Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Teknikal untuk menilai

kemampuan syarikat khususnya berkenaan kekukuhan kewangan syarikat.

Semakan Audit di SSM bagi mengesahkan keupayaan 16 syarikat Sdn. Bhd.

mendapati 4 syarikat menunjukkan kedudukan kewangan yang tidak kukuh seperti

mengalami kerugian dan 6 syarikat tidak mengisytiharkan maklumat kewangan

tahunan syarikat. Namun kesemua syarikat ini telah ditawarkan tender perkhidmatan

BMB.

36.5.2.2. Mengikut Arahan Perbendaharaan 205, Kementerian hendaklah menyimpan

dokumen kontrak selepas sesuatu kontrak ditandatangani dan dalam tempoh 14 hari,

salinan dokumen kontrak hendaklah dihantar kepada Akauntan Negara/Akauntan

Jabatan Mengakaun Sendiri. Selain itu, pihak BPPA juga telah mensyaratkan bahawa

salinan dokumen kontrak hendaklah dibuat sebanyak 5 salinan dan diedarkan antaranya

kepada BPPA, JPN dan sekolah. Semakan Audit mendapati pihak BPPA, JPN dan

sekolah tidak menyimpan dokumen kontrak dengan lengkap menyebabkan sukar untuk

mendapatkan salinan dokumen kontrak dengan cepat. Sebanyak 3 kontrak iaitu yang

dilaksanakan oleh Pemborong Akal Sdn. Bhd.; Seri Perdana Enterprise dan Dabas

Enterprise bagi tempoh kontrak tahun 2007 hingga 2009 tidak dapat dikemukakan

kepada pihak Audit. Mengikut pegawai BPPA, pihaknya tidak dapat mengesan kontrak di

578 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!